Ini adalah kenduri akad nikah adik ipar ye. Oleh itu harus la ade kenduri sedikit2. Adik ipar adalah adik kepada Mr. Hubby. Sebagai abang yang sorang ni je dan juga merangkap wali harus le dia yang paling diperlukan buat masa ini. Nikah di buat di Masjid Al-Iqtifaq, Sungai Nibong Kecil, Penang. Betul2 di sebelah rumah je pun. Senang jalan kaki je. Masa Pagi nak hantar mekap pun, saya le harus yang hantar, takkan pengatin nak drive sendiri masa dah siap nanti. Saya hanya menghantar dan menjemput je la, tak tunggupun jemu pula kang menunggu. Lepas abih mekap saya pun menjemput la mereka.. Pengantin ditemani mak sedara , iaitu Mak lang (isteri Abang mak mertua). Pengatin siap memang tepat pada masanya, dalam pukul 12.00 tengah hari dah siap, pengantin lelaki dari Taiping pun dah sampai. Mereka terus tunggu di Masjid. Yang menjadi soal ye adalah Mr. Hubby le, lambat cos ambil lauk dari Farlin, dengan keadaan van yang menyempu, dan juga menyemputkan dirinya sendiri, Mr. Hubby adalah lambat.Tok kadi boleh tunggu Wali pula, bukan pengantin yang lambat. Hehehehe....Tapi apapun dengan sekali lafas sahaja, telah sah mejadi suami isteri...Amin.

Bersama pengapit....
Erna.

Sementara menunggu, tengok la anak2 tak pandai duduk dia, Alisha nak jejalan je dalam Masjid. Tu mengamuk nak bangun le. Abang Arif pule tak abis2 nak makan dalam Masjid, nasib baik Tok Su bagi gula2. Tu dok mengunyah gula2 le.

Ragam Alisha tengok merata.

No comments:
Post a Comment