IKLAN

Says.my buat majlis harijadi, tapi anda yang akan dapat hadiah! tak percaya klik sini [Birthday]

Siapa nak melancong selama 2 minggu ke seluruh dunia secara PERCUMA? Klik sini [Microsoft contest]


Wednesday, May 4, 2011

Anak Masuk Hospital Pantai, Penang

Pagi2 lagi Mr. Hubby dah kejut ajak gi spetal. Saya dah tegur malamnya, Badan Arif makin panas, Mr. Hubby kata tunggu sampai esok pagi tengok cam ne lepas hantar kat pengasuh. Tup-tup pagi2 dah ajak gi. Terus ler ke Pantai Hospotal. Masuk wad kecemasan sekejap, pas tu terus bawa masuk wad. Dari pagi sampai tengah hari suhu badan Arif masih tak turun, tetap 49 degree. Kat wad kecemasan saja dah letak ubat ikut punggung dua kali. Masuk wat pula kena lagi dua kali. Pas letak towel basah, baru surut skit demam arif. Pas tu doktor masuk antiboitik pula kat tangan, katanya kena ceret beret, jadi kena duduk wat sorang. Petang baru pindah wat 4 orang. Klau tak, penat gak nak baya bil nanti, huhuhuhu. Malam ni tido kat wad bersama-sama ngan adik Alisha sekali. Adik Alisha baru je hantar malam ni. Tadi siang hantar kat pengasuh dia. Petang mak jaga kejap. Nasib adik tak meragam. Kat rumah dia tido je, tu yang hantar lambat kat spetal ni. Minta2 esok dah boleh balik dah. Lega sikit, coz rasa2 hari Khamis kena interview pula. Nak kena konpom ngan Kak Jun (opis) esok. Papepun Agar Arif dha kembali sihat dan ceria kembali. Boleh pegi skolah balik.

No comments: