IKLAN

Says.my buat majlis harijadi, tapi anda yang akan dapat hadiah! tak percaya klik sini [Birthday]

Siapa nak melancong selama 2 minggu ke seluruh dunia secara PERCUMA? Klik sini [Microsoft contest]


Saturday, July 2, 2011

Pusing Pulau dan Laksa Janggus

Perjalanan sambil tengok keindahan dusun durian orang ler, kami mana ade dusun. Tunjuk kat anak macam mana rupa pokok durian, rambutan dan juga pokok kelapa. Kang tak tahu pula bila besar nanti takut dah pupus kang. Pusing satu Pulau, pergi ikut pusat bandar, Batu Feringgi dan terus ke Balik Pulau. Tujuan utama adalah nak makan Laksa Janggus. Memang terbaik di dalam Pulau Pinang nih. Nanti mak abah dan beradik KL datang nak bawa makan kat sini lah... Aritu tak berkesempatan nak bawa makan kat Laksa Janggus. Sebelum sampai ke Balik Pulau ni la, sepanjang perjalanan dapat menikmati pokok durian dengan begitu lebatnya buah tersebut. Macammana mereka jaga pokok2 ni dengan mengikat tali di setiap buah durian supaya tidak terjatuh ke tanah terus. Mengikut pada pokok durian ni memang tinggi gak le nak ikat tali ni. Ade juga yang pasang jaring tahan buah durian dari jatuh ke jalan raya. Maklum le dekat sangat dengan jalan raya pokoknya pun. Takut kena curi or di langgar kenderaan, kang dah rugi pule.

Dalam perjalanan adik Alisha adalah tido je.

Isi minyak di Petronas, beli sikit makanan dapat beg kertas zaman dulu-dulu.

Perjalanan ke Balik Pulau penuh dengan pokok durian yang lebat dengan buahnya. Nikmatilah pemandangan dusun orang.

Tali yang di ikat di setiap buah durian semasa masih di atas pokok. Takut kena curi kot.

Siap ade yang pasang jaring lagi tu.

Buah durian di dalam pagar, sape nak tolong tunggu luruh nih?....

Tinggi sekali pokok durian ini.

Sampai ke destinasi yang di tuju. Laksa Janggus Balik Pulau.

Bukan laksa je ade, sup-sup pun ada, pisang goreng dan juga aiskrem goreng.

Gelagat Alisha tunggu laksa sampai di meja. Order layan diri OK.

Arif yang tak sabar nak makan. Tapi makannye sikit je, adik Alisha makan banyak lagi.

Laksa bersama cili padi dan juga otak udang.

Laksa special, Mr. Hubby yang makan.

Tepi tu laksa kosong untuk Arif dan adik Alisha. ABC juga ada.

Adik Alisha tersenyum gumbira bila dapat makan laksa. Tapi kat tangan ade biskut dia yang selalu bawa ke mana sahaja.


No comments: