Pagi-pagi dah siap. Tak de pagi sangatpun. Sesaipkan bebudak dua orang itu terus ke Sungai Ara. Tengok semua ahli jemaah masjid sudah keluar dari rumah untuk makan. Kami terus masuk rumah sedara Mr. Hubby duduk dengan mak. Mak pun baru je lepas makan. Bagi makan bebudak dua orang itu dulu baru kami berdua makan. Makanpun dalam rumah je. Lepas makan nasi, dah lapang sikit makan pula durian yang memang telah diberi pada tetamu sebelum itu. Banyak gak duriannya, maklum le masih dalam musim lagi. Bubur kacang pun ada siap pulut lagi. Boleh juga letak durian.
Main selepas makan dan sungguh gembira sekali. Adik Alisha dah boleh ikat rambut pokok kelapa.
Sayang mama ucuk-ucuk ni.
Tukang kopek durian, ni adalah abang Fadzil, sedara Mr. Hubby.
Adik Alisha pun makan durian, tapi bagi rasa je. Kang tak pandai makan pulak nanti .
Hasil makan durian. Masih ada yang menanti untuk di makan.
Selepas kenduri di Sungai Ara, hantar mak pergi kenduri kawan dia di Merin pula. Kami tunggu dalam kereta je, yang ikut mak Arif sorang je. Sementara tunggu mak kat kenduri jejalan kat tepi pantai. Tak jalan pun duk dalam kereta je, beli rojak dan air kelapa. Makan dalam kereta coz adik Alisha tido. Cantik pantainya air tengah pasang dan boleh nampak jambatan Pulau Pinang gitu. Untung duduk di Penang hari-hari tengok laut. Hehehehe.
Balai Polis Merin , dewan tempat kenduri kawan mak.
Ambil pic dari dalam kereta tak nampak air tengah pasang n jambatan Pulau Piang. Banyak gerai-gerai jualan di sini.
Rojak. Nyum-nyum.
Dan juga air kelapa, segar sekali.
No comments:
Post a Comment