IKLAN

Says.my buat majlis harijadi, tapi anda yang akan dapat hadiah! tak percaya klik sini [Birthday]

Siapa nak melancong selama 2 minggu ke seluruh dunia secara PERCUMA? Klik sini [Microsoft contest]


Wednesday, July 20, 2011

Memergi Hospital.

Hari Isnin, member daripada School Farmasi dulu masuk hospital, Mahani. Yang saya promot dia jual tudung tu. kami pergi berempat Mas, Su dan Abg Farid, suma dari Farmasi. Hari Jumaat ari tu dah teman dia gi Klinik USM ambil ubat. Tapi hari Sabtu dengan Ahad semakin menjadi sakitnya. Sakit apa? tak tau la, katanya macam alergik sesuatu. Badan jadi ruam-ruam, bengkak habis satu badan. Member bawa dia gi GH, terus masuk wad C5, katil 14. Doktor dah ambil darah tapi bukan denggi. kena tunggu dulu keputusan doktar. Tak tau la hari ni dah kua ke belum, xde fon tanya lagi. Tapi pergi hari Isnin haritu dah susut dah bengkaknya. Dia tunjuk dalam fon hari Sabtu memang teruk kulit dia, kesian. Harap-harap dah beransur sihat dan sudah keluar dari wad. Balik singgah ka kedai roti beli roti kopi yang saya suka. Beli sampai tiga, tamak tul. Su puasa tu yang tapau je, tapi singgah gak kat Gelugor makan ais kacang je.

Penuh jugak dengan pesakit. nasib dapat katil tepi tingkap tak de semak sangat.

Singgah sebentar. kat dalam hospital ni je nan ado. ade juga minimarket, jualbarang runcit yang mana tak sempat nak beli berus gigi, ubat gigi dan sebagainya..

Roti Kopi, cedap.


No comments: