Derma Darah le pula. Selepas pergi ambil darah untuk cek kesihatan, dalam pukul 12.00 tengah hari cam tu pergi bersama era, membe opis unutk derma darah pula. Ambil masa 1 jam je pun, tak lama mana. Ini kali pertama saya menderma darah. Orang kata boleh kurus kalau derma darah, InsyAllah dan kena selalu derma darah nanti badan boleh naik pula. Betul ke cam tu Cerita pasal derma darah ni, saya dapat memberikan kerjasama yang baik sekali dan prosesnya berjalan dengan lancar sekali. Tiada perasaan berdebar yang amat dangat le, sikit-sikit tu adalah. Cerita pasal member saya ini (Cik Era), dia masa cek jenis darah, test tekanan dan dan sebgainya semuanya ok je, lepas dah ambil darah penuh satu beg masa nak buka jarum dari tangan die boleh pula dia muntuh, kesian. Nasib pening sikit je katanya. Cik Era ni bagitau dia memang kalau pasal jarum mesti muntah, walaupun cucuk ubat dengan jarum pun boleh muntah, bukan pasal tengok darah. Saya pun tak tengok pun darah yang dimabiltu, takut nanti pengsan ke apa ke. Baring diam-diam je. Saya sudah dapat memberi satu beg darah kepasa orang lain. Saya adalah darah jenis B+ ye dan Cik Era adalah bagus jenis darahnya boleh derma kepada semua orang iaitu O.
Jenis Darah O adalah penderma semua darah dari A,AB,B dan juga O sendiri, tapi dia hanya boleh terima darah dia sahaja O.
Untuk darah AB pula dia boleh terima semua jenis darah A,AB, B dan juga O tapi boleh derma kepada darah dia saja AB. Untung sapa darah AB kan. Banyak darah dia boleh terima.
yang lain seperti A boleh terima O dan A dan derma kepada A dan AB. Jenis darah B juga sama macam A.
Saya sedang menunggu isian darah dalam tbung darah. Sebelah saya itu adalah Cik Era. Tahan je la dengan dia.
Masih dalam proses.
Nurse sedang simpan darah saya ke dalam tabung darah. Tengok dari jauh je la, takut katakan.
Sedikit juadah disediakan oleh pihak Klinik. Terima Kasih
Dan lunch saya adalah gulai ikan sembilang. Pergi bersama Mr. Hubby, nyum2.