Assallammualaikum.....tahun ini raya haji saya beraya di rumah mertua. Seronok kerana Mr. Hubby baru first time tolong orang korban lembu. Sempena dengan korban ini, saya ambil 1 bahagian untuk kekah anak saya iaitu Nur Alisha Iliya. Abang Arif sudah buat dah masa 1 tahun dulu. Jadi pagi-pagi lagi dah tunggu, sekali nama adik Alisha lembu yang ke-11. Jadi saya, Arif dan Alisha balik dulu ke rumah kerana lambat lagi, nasib dekat je tempat sembelihan iaitu di padang dekat jalan keluar rumah. Masa lembu ke-8 pergi balik dekat padang. Kira nama adik Alisha yang ke sebelas dan nama yang terakhir. Syukur Alhamdullillah semuanya selesai dalam pukul 11 pagi dan hujan turun dengan lebatnya. Agihan dibuat di masjid. Daging kekah buat masak kari dan juga rebus cicah air asam. Sebahagian daging di agihkan dan di bawa balik untuk masak. Dapat tulang untuk dibuat sup esok nanti.
Nama no-7 adik Alisha buat untuk kekah senarai lembu ke-11 dan juga buat untuk arwah wan dia iaitu Allahyarham Ibarhim Bin Mat Amin, lembu ke-10, nama no-5.
Lembu korban ke- 10 untuk Arwah wan anak-anak (bapa mertua).
Mr. Hubby tolong orang korban lembu, tolong sikit-sikitpun jadi le. Tolong pegang tali dan juga telinga lebu, boleh la....
Lembu yang sudah dikorbankan..
Arifpun menunggu di dalam khemah yang telah disediakan.
Muka adik Alisha yang membosankan, mungkin lama menuggu giliran dia kot.
Sudah semakin bosan dan juga kemengantukkan.
No comments:
Post a Comment