Hari ini tujuan ke Kuala Kangsar hanya semata-mata atas jemputan kenduri sahabat ofis Fizik, tapi dia sekarang sudah berpindah ke Unit Dadah, tapi masih di dalam USM la. Pergi dalam jam 12.00, perjalanan mengambil masa 1 jam setengah, kira-kira sampai dalam pukul 1.30 ptg. Pengantin masih tengah bersiap masa kami sampai. Jadi terus makan dan selepas itu baru jumpa pengantin baru yang bernama Nurhazirah dan pasangannya Mohd Yunus. Dua-dua orang perang, pasangannya orang Parit Buntar. Katanya pengantin lelaki sampai pukul 2, tp dalam 2.30 pun tak muncul-muncul juga. Anakpun dah meragam, jadi ambil keputusan terus balik je, tak sempat tengok pengantin bersanding. Sori ye pengantin, macam ni la bila ada anak....akak minta maaf bebanyak ye. Nanti bagi tengok album kawen na. Dengan cuaca yang baik dan panas kami bertolak balik Penang terus, tak de singgah mana-manapun. Pekan Kuala Kangsarpun tak pergi. Lain kali kita jejalan ke sana ye....Hanya tu je tujuan hari ini.
Bebudak cuci pinggan di fokus dulu.
Abang Arif duduk terus nak makan coklat, bukan nak makan nasi pun.
Adik Alisha je makan nasi, tu pun sikit je bila dia nampak abang dia makan coklat.
Bergambar bersama pengantin, rosi pic tak elok atas kesilauan yang berlaku.
Perjalanan balik ke Penang.
Main-main dalam kereta.
Tengok la bukan reti duduk diam-diam dalam kereta.
Masih duduk tak diam.
Mr. hubby sudah kepenatan. Maklumlah panas kot.
Gelagat abang Arif dalam kereta. Siap buka baju lagi, panas masa kat kenduri tadi.
No comments:
Post a Comment