IKLAN

Says.my buat majlis harijadi, tapi anda yang akan dapat hadiah! tak percaya klik sini [Birthday]

Siapa nak melancong selama 2 minggu ke seluruh dunia secara PERCUMA? Klik sini [Microsoft contest]


Sunday, November 27, 2011

Maal Hijrah

Kisah Hijrah:
RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia.

Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.


Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk.

Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah.

Satu hari pada tahun 622SM, iaitu kira-kira 12 selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam. Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam.


Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu. Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya.

Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu.

Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu.

Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu.


Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah.

Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah. Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT.



Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal.

Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan.

Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu. Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah.


Maka pada satu hari Jumaat yang ceria, Rasulullah (SAW) akhirnya diumumkan sudah tiba di Madinah. Kaum Muslim semua keluar untuk menyambut baginda. Rasulullah (SAW) menunaikan solat di sebuah masjid di Lembah Ranuqna, tempat semua umat Islam berkumpul untuk melihat kelibat lelaki mereka sanjungi itu.

Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.

Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan peristiwa bersejarah ini sebagai permulaan kalendar Islam.

Klik untuk tutup...

Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.


Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Klik untuk tutup...

Amalan-amalan sunat:

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

  1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

Klik untuk tutup...

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):


MUHARAM

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

  12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.

  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

  14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Klik untuk tutup...





Doa Akhir tahun & Awal Tahun

Hari ini sudah masuk tahun baru 1 Muharram 1433. Semoga saya dapat menjadi seorang isteri dan ibu yang lebih bagus.

Mari kita berdoa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:

"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

Berikut adalah Doa Akhir Tahun:

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin...

Doa awal tahun pula : dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan."

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekelian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Amin...



Wednesday, November 23, 2011

Ke Kenduri Di Kuala Kangsar

Hari ini tujuan ke Kuala Kangsar hanya semata-mata atas jemputan kenduri sahabat ofis Fizik, tapi dia sekarang sudah berpindah ke Unit Dadah, tapi masih di dalam USM la. Pergi dalam jam 12.00, perjalanan mengambil masa 1 jam setengah, kira-kira sampai dalam pukul 1.30 ptg. Pengantin masih tengah bersiap masa kami sampai. Jadi terus makan dan selepas itu baru jumpa pengantin baru yang bernama Nurhazirah dan pasangannya Mohd Yunus. Dua-dua orang perang, pasangannya orang Parit Buntar. Katanya pengantin lelaki sampai pukul 2, tp dalam 2.30 pun tak muncul-muncul juga. Anakpun dah meragam, jadi ambil keputusan terus balik je, tak sempat tengok pengantin bersanding. Sori ye pengantin, macam ni la bila ada anak....akak minta maaf bebanyak ye. Nanti bagi tengok album kawen na. Dengan cuaca yang baik dan panas kami bertolak balik Penang terus, tak de singgah mana-manapun. Pekan Kuala Kangsarpun tak pergi. Lain kali kita jejalan ke sana ye....Hanya tu je tujuan hari ini.

Bebudak cuci pinggan di fokus dulu.

Abang Arif duduk terus nak makan coklat, bukan nak makan nasi pun.

Adik Alisha je makan nasi, tu pun sikit je bila dia nampak abang dia makan coklat.

Bergambar bersama pengantin, rosi pic tak elok atas kesilauan yang berlaku.

Perjalanan balik ke Penang.

Main-main dalam kereta.

Tengok la bukan reti duduk diam-diam dalam kereta.

Masih duduk tak diam.

Mr. hubby sudah kepenatan. Maklumlah panas kot.

Gelagat abang Arif dalam kereta. Siap buka baju lagi, panas masa kat kenduri tadi.






Tuesday, November 22, 2011

Kursus ICT - Internet

Kursus ICT yang terakhir untuk tahun ini dan mencukupkan jumlah mata CPD untuk mendapatkan mata laporan akhir tahun 2011. Tajuk yang dipelajari untuk ICT kali ini adalah Internet & Identiti : Kaedah Pengurusan & Penggunaan. Di sini saya dapat menyimpan user dan password dalam 1 tempat je. makna kita harus ingat hanya 1 user & password je Kita boleh login terus dari 1 folder je. Semua dia dah simpan yang dipanggil KeePass, bukan kipas angin or kipas kan bos ye. Sejenis sistem dalam penyimpanan semua user dan password kita. Tapi kena ingat 1 Master keyword juga, baru leh buka yang lain.

Di dalam makmal komputer di PPKT.

Belajar keselamatan ICT.

Memecah kata laluan yang begitu banyak. Ini menandakan talian kita tidak selamat.

Inilah aplikasi yang digunakan.

Inilah lunch kami, hebait....hehehehehe.


Saturday, November 19, 2011

I Love U, U Love me....Lagu Barney

I Love U, U Love Me, We are happy family.....ini adalah lagu Barney yang adik Alisha suka. Terpengaruh dengan sepupu die di KL, Muhsin anak adik saya.




I love you
You love me
We're a happy family
With a great big hug and
A kiss from me to you
Won't you say you love me too?

I love you
You love me
We're best friends
Like friends should be
With a great big hug
And a kiss from me to you
Won't you say you love me too?

Wednesday, November 16, 2011

Jamuan Akhir Tahun Sekolah Arif

Semalam adalah jamuan akhir tahun Tadika abang Arif. Adalah acara memotong kek untuk pelajar yang sambut birthday hujung tahun. Jadi abang Arif dan seorang kawannya yang memotong kek tersebut. Abang Arif juga dapat hadiah daripada sekolah iaitu beg, pensil warna dan juga kotak pensil yang terisi pensil, pemadam dan juga pengasah. Itu hadiah adalah unutk semua pelajar. Sudah habis untuk tahun ini. Tahun depan pula Arif sekolah. Esok ada hari penyampaian hadiah, dibuat di Kompleks Tabung Haji. Itu hanya pelajar umur 6 tahun sahaja yang pergi.

Budak paling muda dapat juga beg sekolah.

Abang Arif potong kek bersam rakannya.


Tuesday, November 15, 2011

Semalam Nur Alisha Iliya sudah Setahun Setengah

Cepat je masa berlalukan, rasa macam baru lahirkan adik Alisha. Tup-tup semalam masuk setahun setengah sudah ( 1 tahun 6 bulan). Macam-macam aksi dah boleh buat. Pandai ajuk cakap orang sikit-sikit. Pandai merajuk dah. Selalu ikut kalau ada lagu yang dia dengar. Tambah kalau dalam tv sekarang tengok cerita 'Nada Cinta' cepat je ikut lagu dia yang sebelum iklan tu.. Lagu barney adalah yang paling dia suka iaitu lagu 'I Love U'. Dengar le kepelatan dia cakap. tapi dia pelat tak sangkut-sangkut mesti betul je sebutan dia. Sayang anak mama sorang ni....

Ini masa sambut bufday adik Alisha yang Per-1. Gambar di edit oleh adik saya - Amar Asyraff.

Gambar aksi kenyit mata yang sungguh comel.

Dalam kereta adik Alisha bukan reti duduk diam. Ini semasa menuggu Mr. Hubby ke opis beliau.

Tengok la sampai nak panjat meja kopi. Ini kerja abang Arif le bagi rapat meja dengan kusyen senang adik Alisha nak nek. kalu tak dia pijak lapik bawah meja baru naik atas. Ataupun dia tarik kusyen bagi tinggi lepas tu panjat.

Gaya rambut adik ALisha.

Kini adik Alisha memiliki rambut yang keli-keli dari atas sampai bawah. Sampai ade nyonya tegur, u punya anak rambut buat ke (karan). Orang dulu panggil KARAN tu yang macam bagi kerinting pakai benda yang ada wap panas tutup kepala tu kot.

Gaya terkini tangkap gambar. Nak kata peace pun bukan, gaya best pun bukan, macam gaya menembak ye le kot....


Monday, November 14, 2011

Arif Pergi Lawatan

Semalam abang Arif pergi lawatan sekolah Tadika dia ke Alor Setar. saya, Mr. Hubby dan adik Alisha tak pergi. Yang pergi tetu la cikgu dia merangkap Maktok, Maksu dia sebagai pengiring yang bertauliah (jgn marah ye maksu), Tok Su sebagai pembantu bersama anak beliau iaitu maksu yang kecik sebagai kawan dia. Sudah ramai yang menjagi mengiring oleh itu kami tidak ikut le. Bertolak dalam pukul 8.30 pagi. kami hantar dekat depan jalan je. Selepas tu saya duduk rumah sambil beristirehat bersama adik Alisha. Pukul 2.00 baru Mr. Hubby ajak keluar dan kami pergi makan sampai ke Juru, makan nasi udang dan ketam. Cuaca pagi sanagt baik, panas...kering semua baju. Masa nak balik dari Juru cuaca sudah mendung. Sedikit gambar ambil daripada fon maktok dia. Gambar banyak dalam kamera maksu dia. Tak terjah tengokpun lagi. Nanti le cuba letak lagi pic menarik dari lawatan tu.
Mereka memergi ke Mazium Padi, Petrol Sains dan juga kediaman Tun Dr. Mahathir Mohamad. Singgah sebentar tentu la ke Pekan Rabu. Sampai rumah lebih kurang dalam pukul 7.30 malam.

Salah satu tempat lawatan mereka.

Singgah kediaman kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Gambar di mall.


Saturday, November 12, 2011

Jejalan Buang Masa Di Quensbay

Hari inikan cuti hari Sabtu. Tak de buat apa, pagi makan roti canai yang di beli oleh Mr. Hubby di Kedai Mamak Kayu. Dalam jam 1 terus siap nak kelaur pergi Quensbay bersama Mr. Hubby dan juga anak-anak. kami main game yang biasa je di dalam Jusco. Lepas makan Mcd terus masuk Jusco. Lepas main terus balik rumah, tak ronda-ronda manapun.

Main bola keranjang....

main permainan bowling.

Gaya seorang pemain yang pro...balingan bola menjatuhkan pin.

Adik Alishapun nak main juga.

Main permainan ini pula.

Permainan bermula.

Tolakan dapat menjaringkan gollll....

Akhir sekali sajikan pic adik Alisha yang tak mau main apa bendapun. Nak naik kuda pusingpun takut....selamat ayahnya le, berabih kat abang Arif je.


Friday, November 11, 2011

Hari Bergambar Di sekolah Arif

Semalam sekolah tadika abang Arif ambil gambar kenangan bersama, tetapi jadi kes abang Arif tak mau pakai jubah konvo untuk sekolah dia. Katanya warna purple untuk perempuan je. Penat cikgu dia kejar 1 sekolah minta dia pakai. Siap nangis-nangis tak mau pakai baju tu. Jadinya dia tangkap gambar tanpa pakai jubah konvo tu la. Abang arif memang jenis macam tu, kalau baju dia ade stiker/ jenama belakang baju dia suruh buang, kena baju mahalpun kena gunting juga le. Lagi satu kalau bawa nak test baju dekat kedai baju siap ngamuk-ngamuk tak mau cuba pakai, geli la macam-macam. Baju dia pun kena pilih jenis kain juga, yang ada stiker gambar depan jenis besar-besar cam melekat sikit kat badan dah takmau pakai, geli katanya. Jenis kain juga memilih kadang boleh naik ruam, kulit diapun sensetif. Tengok je la gambar dia ni.

Gambar reramai, tengok la Arif tak mo pakai jubah. Yang duduk dengan dia adalah maksu dia, anak kepada tukang masak tadika.

Gambar Arif tak pakai jubah.

Bergambar bersama guru tadika, Cikgu Saleha.

Bergambar di dalam kelas.

Peace mesti tak tinggal.
Selamat sudah sesi persekolahan abang Arif, Tahun depan mula sudah sesi baru persekolahan 5 tahun abang Arif. Sudah besar anak mama ni.