IKLAN

Says.my buat majlis harijadi, tapi anda yang akan dapat hadiah! tak percaya klik sini [Birthday]

Siapa nak melancong selama 2 minggu ke seluruh dunia secara PERCUMA? Klik sini [Microsoft contest]


Saturday, May 14, 2011

Nur Alisha Iliya Sudah 1 Tahun

Hari ini genap Nur Alisha Iliya 1 tahun. Selamat ulang tahun untuk Alisha, semoga jadi anak yang solehah dan dengar cakap mama dan ayah ye. Perkembangan Alisha sekarang ini adalah :-

1. Sudah pandai berjalan - dalam beberapa minggu sebelum ini Alisha sudah pandai berjalan. Sekarang dengan lebih bagus lagi dia berjalan. jalan mengundur pun boleh juga. Cam ne dia belajar tak tahu la.

2. Sudah pandai senyum dengar lebarnya - lebih lebar dari yang ade gigi penuh. Orang kata sengeh sampai ke telinga gitu. Sampai orang selisih dengan dia boleh patah balik nak tengok Alisha senyum.

3. Gigi baru ada 2 - Dalam gigi 2 batang juga le Alisha senyum nak tunjuk gigi. Walhal baru 2 batangpun. bahagian atas baru nampak tajam2 je.

4. Yang paling penting adalah adik Alisha pandai kenyit mata tau - jangan main2 Alisha boleh kenyit mata tapi sebelah kanan saja. Lama pulak tu dia kenyit mata. Mana belajar tak tau la.


Abang Arif pun sebuk nak kenyit mata gak.

5. Pantang kalau orang pakai lawa2 dan nak klua - Kalau tengok orang pakai lawa2 je, cepat2 dia menyendeng nak ikut. Tambah2 maksu dia la coz rajin bawa dia naik moto ronda2 kat rumah. Boleh katakan setiap petang maksu dia bawa jejalan sekarang nih. Itu yang pantang maksu dia klua mesti nak ikut.

6. Pandai nak cari susu - macammana tu?...dah pandai menyelak baju mama dia klau nak susu, tak menyempat betul adik ni, depan orang pun boleh....hehehe.

Setakat ini yang tu je la perkembangan adik Alisha. Nanti kalau ada tambahan saya hupdet baru ye. Mama sayang kamu adik Alisha.


No comments: