IKLAN

Says.my buat majlis harijadi, tapi anda yang akan dapat hadiah! tak percaya klik sini [Birthday]

Siapa nak melancong selama 2 minggu ke seluruh dunia secara PERCUMA? Klik sini [Microsoft contest]


Saturday, May 14, 2011

Hari Khamis Yang Penuh Dengan Program

Hari Khamis yang lepas, malam lepas balik kerja, terus pergi Mydin nak beli pampers saje, tapi terus tersinggah kat tempat kasut. Mr. Hubby nak beli kasut sliper, sambar le 1 kasut Alisha. Alisha dapat kasut baru untuk jejalan. kasut Arif beli kemudian di Kamdar. Kasut sekolah baru le arif. Sebelum ni pakai kasut sprot je gi sekolah, hari Jumaat baru pakai gi sekolah.

Kasut baru adik Alisha.

Kasut sekolah Arif. Mr. Hubby bantu pakaikan kasut sekolah. Sebelah malam Mr. HUbby yang tolong kapurkan kasut sekolah ni.

Tayang kasut sekolah.

Melangkah ke sekolah.

Sekarang buku sekolah setiap helai sudah di minta tandatangan ibu bapa pelajar, menandakan ibu bapa semak kerja yang di buat oleh anak2. Baguskan macam ni. Kita boleh tengok kerja anak kita, dah sahkannya.

Cite pasal waktu kerja pula, waktu pagi pergi Kursus untuk USMku Gemilang di Dewan Budaya. Lepas je Kursus terus beli nasi kat Restoran mamak Subaidah cos dekat je dewan tu dengan Subaidah. Balik je ke opis budak opis kata Kak Mimie (bekas staf opis Fizik) masuk hospital. Tak sempat makan nasi terus ikut Salah sorang staf pergi tengok Kak Mimie. Yang pergi bersama saya adalah pemandu kereta Noorfakaruddin, Shahil, Niza dan Renu. Yang lain pergi sebelah petang pula. Citanya, Kak Mimie ada masalah hati, cedih dengar cite die. Lagipun Kak Mimie ada dua bradik je, dia ngan kakak dia. Tapi ada la suami dengan dua orang anak lelaki. Kan ada saya cite pasal buat Hari Perpisahan Kak Mimie hari tu, dia la.

No comments: