IKLAN

Says.my buat majlis harijadi, tapi anda yang akan dapat hadiah! tak percaya klik sini [Birthday]

Siapa nak melancong selama 2 minggu ke seluruh dunia secara PERCUMA? Klik sini [Microsoft contest]


Thursday, May 19, 2011

Mengemas

Cerita mengemas rumah untuk kenduri adik ipar kawen. Hari Sabtu ini 21/05/11, adalah kenduri untuk akad nikah. kenduri betul pada 28/05/11). Mula kemas dibahagian depan dapur dan juga luar rumah. Tengok gambar sudah le. Malas nak cite pepanjang.

Buka sarung kusyen untuk dibasuk. Hantar Dobi segera punya, pakai duit syiling terus siap kering. Macam cite Mr. Bean. Tapi saya tak pegi hantar le, adik ipar yang kecil tu hantar.

Kain langsir juga dibuka dan basuh.

Gaya anak2, saje je buat apa tah. Adik Alisha tengok lampu ke cicak tah.

Tengok la betapa rajinnya abang Arif ni, anak sapa la ni. Orang kuat yang sibuk memanjang. Nak angkat barang yang besar daripada dia pula tu.


Longgokan sampah yang akan dibuang.

Ini pula kerja2 bahagian bilik pengantin. kemas langsir dan iron je. Nanti kenduri kat dewan, senang tak payah semakkan rumah ye. Pengapit yang sentiasa rajin bekerja untuk pengantin. Hehehehehe....Nanti awak pula minta le pengatin tolong pula, tu pun kalau tak mengandung atau tak sibuk ngan anak2.

Ini adalah kakak kepada pengapit, kerja dengan senang lenang. Boleh lending lagi tu. Siap peace n ber sms pula. Kang tak de orang nak tolong pula kenduri awak tu, cepat buat kerja.

Kain langsir bilik yang sudah siap dipasang. TUkang pasang adalah Indah ( kakak pengapti), yang tadi tu la.

Last sekali macam biasa gambar adik Alisha. Mesti nak buh juga. ada anak ni nak buh gamba anak je la.


Monday, May 16, 2011

Hadiah Daripada Maksu Untuk Alisha

Semalam memergi kenduri di Bukit Mertajam dengan 2 buah kereta. Masa balik kami yang 1 kereta hanya Alisha, saya dan Mr. Hubby. Satu lagi kereta adik ipar bawa telah memergi ke Kedai barangan pengantin A to Z di Juru tak salah saya ler. Balik Malam tu Maksu dia telah membeli hadiah sempena bufday Alisha iaitu permaian rumah. Nanti kita main sama2 ye adik. Baru First time le adik Alisha dapat hadiah girl2 ni. Mama dia pun tak beli papepun lagi. Dalam perancangan jeng3....

Hadiah sempena bufday Adik Alisha daripada Maksu Finas. Lawa tak?

Rumah pinky gitu. Baru dapat menan yang betul2 keperempuanan ye dik.

Siap dengan patung lagi.

Cantik sangat menan adik Alisha ni.

Pasangan yang tengah bercinta diberanda rumah gitu.

Adik Alisha main sampai masuk tangan dalam rumah ni. Suka sangat dia.

Nindia patung menan adik Alisha tunjuk, tapi tak clear pun.

Abang Arif sudah datang menyebukkan diri beliau.

Tengok abang mengacau lagi. Sibuk juga nak main, macam perempuan ko abang ye. Bagi la adik nak main pula.

Adik Alisha sudah marah kerana abang die mengacau dia main. Padahal Arif pun ade menan baru, raket BEN10 lagi. Kang dah adik ambik nak pukul abang die dengan raket tu. Hambik ko...

Nindia raket kepunyaan abang Arif yang nak dipukul oleh Adik Alisha tadi.


Majalah Cubprix

Apa cite pasal majalah Cubprix ni. Ade gambar saya yang tak berapa nak lawa ni la. Pasal ari tu saya cite kena intervue kat Batu kawan hari tu le.

Majalah Cubprix masa kat Terengganu , Pusingan 3. Isi dalam banyak cite pasal perlumbaan moto cubptix ni la. Dulu tak de majalah ni. Sekarang baru ade. Dulu tumpang kat suratkhabar berita harian hari Khamis bahagian EPG.

Dalam bahagian Lagenda Cubprix, tah tahan Mr. Hubby boleh jadi lagenda pula.

Bergambar dengan gambar kenangan (masih kurus lagi Mr. Hubby). Muka saya yang tak elok.

Mr. Hubby bergambar bersama bekas kru dan juga member2 lama yang masih berlumba lagi ke hari ini.

Bahagian Apa Kata Mereka, tak apa yang saya cakappun saya tak tau. Tup2 diorang tulis yang ini. Malu ye muka tak elok langsung.


Masuk TV

Pagi2 lagi dah kecoh, Nisa adik saya fon suruh tengok tv9. Abah masuk tv, saya awal2 dah nampak dah. Nisa fon takut tak tengok la tu. Cerita pasal konvoi amal Palestinpun. Kat perkarangan Seri Pentaspun. Duduk atas moto je pun bukan wat papaepun. Interprame je lebih..hahahaha. Abang say ade juga, tapi tak nampak le. Yang dulu ade le di interview skit. Yang ni hanya tunjuk gambar je.

Abah kontrol hanshemmm..hehehehe ready to Amal Palestin Konvoy.

Yang ini adalah abang saya yang telah ditemuramah oleh wartawan tv3, cool aje. stady ler bro...


Saturday, May 14, 2011

Hari Khamis Yang Penuh Dengan Program

Hari Khamis yang lepas, malam lepas balik kerja, terus pergi Mydin nak beli pampers saje, tapi terus tersinggah kat tempat kasut. Mr. Hubby nak beli kasut sliper, sambar le 1 kasut Alisha. Alisha dapat kasut baru untuk jejalan. kasut Arif beli kemudian di Kamdar. Kasut sekolah baru le arif. Sebelum ni pakai kasut sprot je gi sekolah, hari Jumaat baru pakai gi sekolah.

Kasut baru adik Alisha.

Kasut sekolah Arif. Mr. Hubby bantu pakaikan kasut sekolah. Sebelah malam Mr. HUbby yang tolong kapurkan kasut sekolah ni.

Tayang kasut sekolah.

Melangkah ke sekolah.

Sekarang buku sekolah setiap helai sudah di minta tandatangan ibu bapa pelajar, menandakan ibu bapa semak kerja yang di buat oleh anak2. Baguskan macam ni. Kita boleh tengok kerja anak kita, dah sahkannya.

Cite pasal waktu kerja pula, waktu pagi pergi Kursus untuk USMku Gemilang di Dewan Budaya. Lepas je Kursus terus beli nasi kat Restoran mamak Subaidah cos dekat je dewan tu dengan Subaidah. Balik je ke opis budak opis kata Kak Mimie (bekas staf opis Fizik) masuk hospital. Tak sempat makan nasi terus ikut Salah sorang staf pergi tengok Kak Mimie. Yang pergi bersama saya adalah pemandu kereta Noorfakaruddin, Shahil, Niza dan Renu. Yang lain pergi sebelah petang pula. Citanya, Kak Mimie ada masalah hati, cedih dengar cite die. Lagipun Kak Mimie ada dua bradik je, dia ngan kakak dia. Tapi ada la suami dengan dua orang anak lelaki. Kan ada saya cite pasal buat Hari Perpisahan Kak Mimie hari tu, dia la.

2 hari Tak Leh Hupdet

Nak cite dalam 2 hari lepas, blog tak leh buka, banyak yang tak hupdet dan sudah lupa apa yang nak dihupdetkan....macam banyak sangat yang nak diceritakan kekononnya. Bukan ada papepun yang menarik 2 hari lepas, tapi apa ye nak cite. nanti le nak ingat kembali coz saya ni cepat lupa.

Nur Alisha Iliya Sudah 1 Tahun

Hari ini genap Nur Alisha Iliya 1 tahun. Selamat ulang tahun untuk Alisha, semoga jadi anak yang solehah dan dengar cakap mama dan ayah ye. Perkembangan Alisha sekarang ini adalah :-

1. Sudah pandai berjalan - dalam beberapa minggu sebelum ini Alisha sudah pandai berjalan. Sekarang dengan lebih bagus lagi dia berjalan. jalan mengundur pun boleh juga. Cam ne dia belajar tak tahu la.

2. Sudah pandai senyum dengar lebarnya - lebih lebar dari yang ade gigi penuh. Orang kata sengeh sampai ke telinga gitu. Sampai orang selisih dengan dia boleh patah balik nak tengok Alisha senyum.

3. Gigi baru ada 2 - Dalam gigi 2 batang juga le Alisha senyum nak tunjuk gigi. Walhal baru 2 batangpun. bahagian atas baru nampak tajam2 je.

4. Yang paling penting adalah adik Alisha pandai kenyit mata tau - jangan main2 Alisha boleh kenyit mata tapi sebelah kanan saja. Lama pulak tu dia kenyit mata. Mana belajar tak tau la.


Abang Arif pun sebuk nak kenyit mata gak.

5. Pantang kalau orang pakai lawa2 dan nak klua - Kalau tengok orang pakai lawa2 je, cepat2 dia menyendeng nak ikut. Tambah2 maksu dia la coz rajin bawa dia naik moto ronda2 kat rumah. Boleh katakan setiap petang maksu dia bawa jejalan sekarang nih. Itu yang pantang maksu dia klua mesti nak ikut.

6. Pandai nak cari susu - macammana tu?...dah pandai menyelak baju mama dia klau nak susu, tak menyempat betul adik ni, depan orang pun boleh....hehehe.

Setakat ini yang tu je la perkembangan adik Alisha. Nanti kalau ada tambahan saya hupdet baru ye. Mama sayang kamu adik Alisha.