IKLAN

Says.my buat majlis harijadi, tapi anda yang akan dapat hadiah! tak percaya klik sini [Birthday]

Siapa nak melancong selama 2 minggu ke seluruh dunia secara PERCUMA? Klik sini [Microsoft contest]


Wednesday, June 1, 2011

Kematian.

Hari ini saya terima 5 kematian di tempat saya sahaja. Baru pertama kali saya terima berita begini begitu banyak sekali. Pertama sekali bapa kepada staf opis kami, En. Nasir meninggal dunia sebab sakit tua. Sudah 2 hari di masukkan ke hospital. Yang kedua dekat rumah beliau, kira sepupu En. Naisr juga le, tak jauh daripada rumah beliau meninggal dunia juga, tapi tak tau pasal apa, berumur juga la, dalam 60 tahun macam tu la. Petang pula buka FB Farmasi, tup-tup diorang tulis En Hassan Ramli, Pembantu Makmal di Pusat Pengajian Sains Farmasi, tempat lama saya dulu telah kembali ke Rahmahtullah. Fon extetion Mahani, salah sorang staf farmasi, nak sahkan betul ke tidak tapi tak dapat. Tak lama lepas tu dia fon kat saya, katanya arwah memang MC hari ini, rehat kat rumah, mengadu sesak nafas dan tak sedarkan diri, bawa pergi hospital naik umbulans untuk pihak hospital sahkan kematian beliau. Jenazah di sembahyang di Masjid USm dan di kebumikan di perkuburan orang tuanya di Penaga, Kedah. Tentang kematian yang ini pula tahu sebab pernah makan kat restoran dia, nama Minah Restoren. Adalah sedara kepada orang HR Fizik sendiri. Kira Tokey dia la yang meninggal ni, iaitu Pn. Minah. Umur tak pasti dan sebab apa pun tak tau. Yang terakhir Staf USM juga, tapi Pusat Pengajian Biologi, yang ni India, umur dalam 52 tahun, tak tahu apa punca kematiannya. Kepada keluarga yang terlibat ucapan takziah dan di harap dapat bersabar....Inna lillahi wa inna ilayhi rajion....Al-Fatihah.

No comments: