IKLAN

Says.my buat majlis harijadi, tapi anda yang akan dapat hadiah! tak percaya klik sini [Birthday]

Siapa nak melancong selama 2 minggu ke seluruh dunia secara PERCUMA? Klik sini [Microsoft contest]


Saturday, October 8, 2011

Kita Ke Klinik lagi

Selepas je sarapan pagi Jumaat lepas terus ke klinik, pergi ambil ubat batuk. Sudah lebih kurang 5 hari saya batuk tak berenti lagi. Ni dia prosidur apabila kita ke Pusat Sejahtera, USM.

Mula-mula mesti la tahu hala tuju di mana Pusat Sejahtera ye.

Macam biasa beratur ambil nombor. Tak kira staf ataupun pelajar.

Nombor diberi dalam dua kertas. Satu unutk ke bilik saringan dan satu lagi untuk ke bilik doktotr. ini adalah nombor ke bilik saringan. 0051.

Selepas je ke bilik saringan yang diperiksa oleh nurse, kita menunggu untuk dipanggil ke bilik doktor pula. Ada la catatan sedikit sebelum diperiksa oleh doktor seperti sakit apa, macam saya batuk la (cough), tekanan darah (96/70) adalah rendah sedikit. Nombor untuk berjumpa doktor adalah 4022. Sambil menunggu kita menonton tv dulu.

Selesai sudah berjumpa doktor kita menuju ke Unit Farmasi. Di sini ambil lagi nombot baru untuk ubat pula. Sambil menuggu kita menonton tv lagi. Nombor saya adalah 2056.

Setelah dapat ubat terus lah balik bekerja. Kalu bernasib baik dapat lah MC yang perlu diambil di kaunter depan pula. SEKIAN. Selamat menjaga kesihatan semua kerana sekarang tengah pusim panas bercampur hujan.


No comments: