IKLAN

Says.my buat majlis harijadi, tapi anda yang akan dapat hadiah! tak percaya klik sini [Birthday]

Siapa nak melancong selama 2 minggu ke seluruh dunia secara PERCUMA? Klik sini [Microsoft contest]


Monday, October 31, 2011

Pizza

Pagi-pagi dah keluar nak beli hamper untuk 2 baby baru. Sorang boy dan sorang lagi girl. Datang awal ke Sunshine punya pasal, kami pergi makan pizza le dulu. Order yang baru punya "Ultimate7 Cheesy". Sesapa yang suka cheese mesti suka yang ni. Mr Hubby xbrapa suka cheese jadi dia kata tak sedap la. Dengan itu kami order pula "Super Supreme" yang personal punya. Makan di restoran Pizza dekat sebelah Sunshine adalah tak sedap coz rotinya tak garing, bak kata masih putih melepak lagi. Pergi lalu table sebelahpun macam tu juga. Nanti kalau nak makan lagi sekali kena request nak garing sedikit....bleh ke cam tu?. Apapun mushroom sup dia memang sedap le. Yang tu je adik Alisha makan lebih.

Sementara menuggu pizza sampai.

Ini dia pizza Ultimate 7 Cheesy.

Pizza Super Supreme. Tengok masih putihkan..

Ini adalah tangan abang Arif, sedang belajar menggunakan sudu dan garfu bila makan pizza. Klaka ga, nasib baik tak terbang pizzanye.

Abang Arif manja disuap ole Mr. Hubby.

adik Alisha disuap oleh saya, tomel sangat.

Adik Alisha menunggu abang dia nak suapkan ke tidak pizza tu...

Gelagat adik Alisha semasa makan.


Monday, October 24, 2011

Kenduri Masuk Rumah Baru

Salam.....entry ni sambungan daripada entry demam minggu lepas. Hari Sabtu yang sudah2, bukan rumah baru saya, tetapi rumah baru Tok Dak di Balik Pulau. Anak saya, Nur Alisha Iliya adalah demam. Disebabkan adik Alisha demam jadi tak berapa nak seronok le bile pergi kenduri rumah orang ni. Kami sampai orang kampung baru datang untuk membaca tahlil. Selepas itu terus jamuan makan. Habis makan, mak sembang-sembang sekejap terus je dalam pukul 2 petang kami bertolak balik. Kami datang dalam pukul 11 pagi. Petang tu mak kena pergi perjumpaan bantuan kerjaya di rumah, emak dapat mesin jahit. Tah bila dia nak menjahit, ikut keperluan le kot...kami semua duduk di rumah je.
Pandangan rumah dari tepi.

Pandangan rumah dari dalam dan juga siling yang tinggi.

orang kampung membaca Tahlil.

Khemah makan untuk tetamu. Luas juga kawasan depan rumah, tapi tak ada pagar.

Tetamu menjamu selera.

Adik Alisha demam, tengah makan biskut dia.

Muka monyok je, demam le katakan.

Nak tunjuk muka juga, hehehehe.

Dua beranak tengah bosan sambil main game dalam fon.


Friday, October 21, 2011

Card Debit Hello Kitty

Kad Debit Public Bank Edisi Hello Kitty

Sesape yang berminat boleh dapatkan kad debit VISA limited edition Hello Kitty di Hong Leong Bank. Saya sudah dapatkannya. Anda bila lagi. Buka akaun semata-mata nak kad Hello Kitty ini je. Boleh pula....hehehehehe. Boleh juga memenangi hadiah utama iaitu sebuah kereta Suzuki Swift siap dengan edisi Design Hello Kitty gitu dengan simpanan minimum RM1,000.00 sehingga promosi tamat. Dapat juga hadiah-hadiah yang menarik daripada barangan Hello Kitty. Tetapi kena simpan duit lebih sikit lah ye. Deposit RM 3,000.00 anda akan dapat Hello Kitty Document Pouch, Kalau deposit RM5,000.00 anda akan dapat Hello Kitty Coin Box, ini untuk Junior Saving Account /-i. Bagi Hong Leong Saving /- i, bagi nak dapat Hello Kitty Lunch Box, mesti depositkan RM4,000.00 dan deposit RM6,000.00 anda layak dapat Hello Kitty Shopping Beg. Untuk maklumat lanjut KLIK DI BAWAH Je... Selamat Menyimpan Untuk Masa Depan Anda....Sesuatu yang menyeronokkan kalau bank buat promosi macam ni...




Thursday, October 20, 2011

Mana Nak Mulakan Dulu

Cerita pasal sakit je la....minggu lepas dan minggu ni adalah minggu demam. Saya hari Khamis minggu lepas dah demam. Petang baru pergi Pusat Sejahtera, USM. Ambil ubat demam dan juga ubat sakit kepala je, doktot bagi time slip sampai balik kerja. Hari Jumaat dah ok dah. Maybe ade seminar pagi dan petang ade kursus keselamatan. Busy sesangat. Hari Sabtu sempat pergi kenduri masuk rumah baru Tok Dak di Balik Pulau. Pagi Sabtu anak-anak dah mula nak demam, pergi kenduri yang adik pakai Cool Fever. Hari Ahad cepat-cepat pergi klinik ambil ubat demam. Sayapun mula nak demam balik. Malam tu dah rasa seram sejuk, esoknya terus pergi klinik, ambil injection untuk cepat baik demam, dapat la cuti sakit sehari. Anak-anak dah ok dah balik petang Isnin tu. Saya memang ok le lepas kena injek tu. Hari Selasa saya baru masuk kursus ISO dekat Cititel Hotel. Pergipun pagi je, lunch Mr. Hubby fon kata adik dia suspek denggi, kena admit hospital coz tengah pradnen. Terus balik rumah ambil adik Alisha dekat rumah pengasuh dan abang Arif tunggu dekat rumah lepas dia balik sekolah. Lepas tu, semua pergi klinik nak cek darah. Mula-mula saya masuk dengan abang Arif, result yang keluar saya punya patlet darah adalah rendah 105 je, suspek denggi. kalau bawah 100 terus kena admit hospital la jawabnya, doktor suruh datang lagi hari Rabu. kalau yang normal patlet darhn kena atas dari 150. Abang Arif adalah ok. Lepas tu adik Alisha pula masuk ambil darah, tetapi tak dapat cari urat, darah tak mau keluar, diapun dah mengamuk, terus suruh ambil esok (Rabu) sama dengan saya. Hari Rabu pula, pagi-pagi siapkan abang Arif pergi sekolah baru pergi klinik. Patlet darah saya adalah naik sedikit 132, selamat sikit tapi hari Jumaat kena ambil lagi sekali. Adik Alisya ambil sebelah kanan pula. semalam kiri tak dapat, ni pun tak dapat juga. Terus doktor refer ke GH, cian adik Alisha. Dekat GH doktor ambil ikut kaki baru boleh, tu pun mengamuk juga dia. Terus tak mau dengan saya coz saya yang pegang dia kuat-kuat. Panggil ayah dia je, kalau saya dukung terus mengamuk. Keputusan adik Alisha adalah bagus 181. Lega saya, kesian tengok adik Alisha kena cucuk siap kona-kona lagi jarum nak dapatkan urat darah. Apapun moga esok, keputusan saya adalah ok. Untuk maklumat saya dapat kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dan Panduan Penjagaannya di Rumah. Dekat kat tu adalah dia tulis tanda-tanda bahaya penyakit denggi dan panduan penjagaan pesakit denggi di rumah.

Inilah kad rekod pemantauan pesakit denggi.

Hari Pertam Platelet 105. Nyaris-nyaris kena admit.

Hari kedua sudah naik kepada 132 platelet.

Ini adik Alisha punya, tak de apa-apa masalah platelet dia 181.

Ini borang nak ambil darah.

Tanda-tanda bahaya penyakit denggi seperti

- Pendarahan

- Tanda atau tompok merah pada kulit

- Pendarahan pada hidung atau gusi

- Muntah darah

- Najis berwarna hitam

- Haid yang bayak atau pendarahan dari faraj

- Kerap muntah

- Sakit perut

- Pening dan rasa gelisah

- Pucat atau rasa yang sejuk bila kulit disentuh

- Sesak nafas.

PANDUAN PENJAGAAN PESAKIT DENGGI DI RUMAH

Apa yang anda perlu lakukan?

- Berehat secukupnya

- Banyakkan minum cecair seperti susu, jus buah-buahan, minuman isotonic dan air barli (minum melebihi 5 gelas). Meminum air kosong sahaja tidak mencukupi

- Makan ubat demam seperti paracetamol mengikut nasihat doktor

- Spoge atau lap badan dengan kain basah bagi mengurangkan suhu badan

- Jika boleh, guna ubat nyamuk atau kelambu untuk mengelakkan gigitan nyamuk

- Cari dan musnahkan tempat-tempat pembiakan jentik-jentik nyamuk aedes di dalam dan luar rumah.

Apa yang anda perlu elakkan

- Jangan ambil ubat tahan sakit seperti aspirin, mefenamic acid / ponstan atau steroid

- Tidak perlu mengambil antibiotik

Marilah kita sama-sam menjaga kebersihan persekitaran kerana denggi belum ada vaksinnya. Cara pencegahan sebelum anda terkena.


Ini sahaja yang saya lalu semasa demam hari tu.

Abang Arif kena ambil darah, tetapi dia tak de apa-apa masalah dengan denggi.

Sebelum ambil darah di klinik. 2 kali cucuk terus doktor suruh pergi hospital.

Muka relax je nak gi hospital ambil darah ikut kaki.

Inilah hasilnya. Boleh tahan gak mengamuk kat dalam wad kecemasan, sampai saya dukungpun dia tak mau.

Yang ini adalah gambar di hospital bersalin, melawat adik ipar saya kena denggi. Disebabkan dia praggy dia kena admit kat hozpital bersalin dulu untuk scan keadaan kandungan. Selepas tu baru bawa pergi GH, masuk wad denggi. Wad tu memang khas untuk denggi.



Wednesday, October 12, 2011

Peraduan Cuti-Cuti Bersama Kotex

Mari kita sertai Peraduan Cuti-Cuti bersama Kotex. Mana tahu boleh menang hadiah utama - Pakej percutian untuk 2 orang ke London + Paris yang bernilai RM25,000.00. Hadiah Pertama juga menarik iaitu setiap minggu mengikut tarikh tertentu - Pakej percutian untuk 2 orang juga ke Seoul bernilai RM5,500.00. Mesti menarikkan, dapat juga hadiah saguhati berupa Bagasi Kabin Beroda yang boleh dimenangi 10 orang untuk setiap minggu. Senang je penyertaan dia, mestilah kena sertakan Polibeg Kotex. Bagi Polibeg Kotex Overnight 32cm setiap penghantaran sudah diberi bersamaan dengan 2 penyertaan dan bagi sebarang Polibeg Kotex yang lain adalah bersamaan dengan 1 penyertaan. Boleh rujuk penyertaan hanya klik di bawah sahaja.

Ada 4 langkah yang perlu diikuti ye dan juga ada 8 minggu penyertaan ini. Tapi boleh menang hanya sekali sahaja. Selamat menyertai semua. Jangan lupa baca TERMA & SYARAT mereka ye....

Klik gambar di atas .

Tuesday, October 11, 2011

Jeng jeng jeng....Barang Penebusan Sudah Sampai

Tajuk buka main lagi. Apa yang seronok sangat tah le. Ingat tak saya pernak war-warkan tentang Penebusan van Milo Mini. Baru sampai hari ini. SUKEEE. Nak letak dekat bilik je, tak mo bawak balik kang dapat kat anak abis dia proses. Mama yang dengki takut rosak. Hehehehe...

Masih di dalam kotak. Jeng-jeng-jeng.....

2 Milo van, 1besar dan 1 lagi kecil.

Sudah buka, mahu ketak mana ye....

Ini tahun 2010 punya.

Ini tahun 2011 punya. Yang terkini la ye. Mak, boleh dapatkan kami milo sejuk. (lebih kurang cam dalam iklan tu)


Saturday, October 8, 2011

Jejalan Sambil Makan

Macam biasa waktu rehat hari Jumaat je la nak enjoy sikit. Pergi tempat jauh sikit je pun. Dekat Queensbay, kami menyinggah ke Johnnys Restoran.. Apa lagi order stimboat set. Jemput makan ye....Selepas tu, jejalan je la dalam QB ni, sempat rembat 'mouse pad' Hello Kitty warna pink gitu.

Buku menu.

Menu yang di order.

Banana split, free kerana Salmah ada voucer dari Jusco.

Mouse Pad Hello Kitty yang dibeli di Queensbay.