Hari Sabtu, lepas mandikan anak-anak, mak balik dari pasar. Tengok banyak bahan-bahan yang di beli. Rupa-rupanya mak nak masak laksa. Saya semalam sudah beli bahan nak wat spegeti, kira makan besar untuk hari ahad tadi. Abang Yusri kita (Mr. Hubby) terajin pula nak bakar sate yang sudah terperap sejak malam raya lagi. Adepun 60 cucuk je pun. Habis tolong mak apa yang patut untuk buat laksa. Mak masak kuah kacang dan juga rendang daging nak makan dengan sate dan juga nasi impit. Tak lupa juga masak balik pulut yang juga telah tersimpat rapi sejak hari raya pertama lagi. Habis semua sudah sattle, giliran saya masak kuah spageti la pula. Selesai saya masak adik ipar pula buar agar-agar.
No comments:
Post a Comment