Tanpa perancangan hari Ahad, selepas basuh kereta dalam pukul 11.00 pagi cam tu, Mr. Hubby tanya nak pergi mana. Saya senang je jawab bawa anak-anak pergi Quensbay je la. Mr Hubby terus suggest nak tak pergi Padang Besar. Saya ikutkan je. Lepas basuh kereta terus fon mak kat rumah suruh siap nak pergi Padang Besar. Lepas tu tanya adik ipar dengan suami dia nak ikut tak, diorangpun ok je. Pergi dua biji kereta. Kami anak beranak, mak dan adik ipar satu kereta dan adik ipar lagi sorang dengan hubby dia satu kereta. Perjalanan makan masa lebih 2 jam keranan sesat masa masuk ALor Setar Selatan nak pergi ke Kangar. Pas tu baru sibuk nak buka garming cari jalan. Kami cuma terlepas simpang je, akhirnya jumpa juga. Sampai dalam pukul 4.00 petang cam tu terus pergi makan pulut ayam. Tapi kali ni tak pergi gerai yang selalu pergi, (macam pergi selalu) maksudnya pernah pergi la dulu lagi best pulut ayam dia dari yang kami makan kali ni. Tak beli apapun dapat satu baju Arif dan Alisha je. Tapi sebelum pergi makan Arif le sibuk nak pergi Thailand, dia ingat boleh sesaje je nak masuk sempadan negara orang. Sebenarnya gerai mainan kat tepi jalan tu dia kata Thailand, alasan je tu sebenarnya nak beli mainan dia. Pandai ko ye Arif tang situ Thailand ko. Kami beli pelbagai makanan dan juga biasa la Arif mengamuk nak beli buih sabun.
Tiba di Kangar.
Menghala be Padang Besar.
Adik Alisha tido sepanjang perjalanan. Nak sampai Padang Besar baru jaga.
mainan yang diperolehi dari kedai itu.
Makan pulut ayam.
Orang painting baju dalam bazar Padang Besar.
Baju adik Alisha yang sempat di beli.
Baju Arif yang sempat dibeli.
Mainan buih sabun bentuk Ultraman.
Buah SETOI namanya besarkan.
Buah bali merah.
Buah laici
sambal rangup Ikan bilis.
Roti manis atas ada gula. Zaman kecik dulu banyak le jual dalam balangkan kekawan.
Antara makana yang dibeli.
Singgah tengok burung kasawari. Tengok dari dalam kereta je, coz dah lewat.
menyinggah membeli sate. 1 cucuk 2 posen je.
Jalan2 ke Kuala Perlis untuk mencari mentarang ( mak kata macam kerang). Tak de coz dah lewat senja gerai semua dah tutup. Tak de rezeki nak beli dan tengok macam mana rupanya.
Sepanjang pantai Kuala Perlis ke Sungai Bahru.
No comments:
Post a Comment