Ramai juga yang hadir, saya tidak ada masa ni. Belum balik dari seminar lagi. Sebab tu gambar saya tiada..huhuhuh
IKLAN
Says.my buat majlis harijadi, tapi anda yang akan dapat hadiah! tak percaya klik sini [Birthday]
Siapa nak melancong selama 2 minggu ke seluruh dunia secara PERCUMA? Klik sini [Microsoft contest]
Siapa nak melancong selama 2 minggu ke seluruh dunia secara PERCUMA? Klik sini [Microsoft contest]
Tuesday, June 28, 2011
Pesta Makan Durian
Hari yang sama saya pergi Seminar ESQ, iaitu hari ini. Tepat jam 12.00 pelan-pelan jalan menuju ke perkarangan ruang legar parking unutk menjamu selera durian pulut. Nasib kami baik saya dan juga Kak Ton, dapat gak merasa sedikit pulut durian. Durian memang banyak lagi, pulut je yang dah abis. Dapat le saya bawa balik 3 biji n sedikti rambutan. Rezeki orang terakhir ni.
Seminar ESQ
Seminar yang hanya makan masa 2 jam sahaja iaitu Seminar Sentuhan Qalbu yang dulu ada di TV9, sangat menyentuh Qalbu saya. Walaupun slot dia hanya pendek sahaja tapi banyak manfaat yang kita dapat. Ia akan mula di tayangkan pada 5 Julai 2011 hari Selasa jam 9.00 mlm iaitu Halaqah Sentuhan Qalbu Siri II.
Labels:
Kerja
Monday, June 27, 2011
Coklat dari Langkawi.
Hari Jumaat semua orang opis dan juga lab memergi kursus di Langkawi. saya adalah tidak turut serta kerana anak masih kecil, tak boleh ditinggalkan lagi( masih BF). Oleh itu Salmah (Opis) telah membelikan saya coklat, itu sahaja yang selalu orang belipun. Dapat le skit rasa dari Mustaqim Rosli juga (Lab). Thanks u all ingat orang yang ketinggalan ni. Laksa Cek Ani Kuala Perlis di beli oleh Kak Zaini (opis), tq Kak Zaini bagi rasa laksa Kuala Perlis, Memang sedap laksa beras.
Padang Besar
Tanpa perancangan hari Ahad, selepas basuh kereta dalam pukul 11.00 pagi cam tu, Mr. Hubby tanya nak pergi mana. Saya senang je jawab bawa anak-anak pergi Quensbay je la. Mr Hubby terus suggest nak tak pergi Padang Besar. Saya ikutkan je. Lepas basuh kereta terus fon mak kat rumah suruh siap nak pergi Padang Besar. Lepas tu tanya adik ipar dengan suami dia nak ikut tak, diorangpun ok je. Pergi dua biji kereta. Kami anak beranak, mak dan adik ipar satu kereta dan adik ipar lagi sorang dengan hubby dia satu kereta. Perjalanan makan masa lebih 2 jam keranan sesat masa masuk ALor Setar Selatan nak pergi ke Kangar. Pas tu baru sibuk nak buka garming cari jalan. Kami cuma terlepas simpang je, akhirnya jumpa juga. Sampai dalam pukul 4.00 petang cam tu terus pergi makan pulut ayam. Tapi kali ni tak pergi gerai yang selalu pergi, (macam pergi selalu) maksudnya pernah pergi la dulu lagi best pulut ayam dia dari yang kami makan kali ni. Tak beli apapun dapat satu baju Arif dan Alisha je. Tapi sebelum pergi makan Arif le sibuk nak pergi Thailand, dia ingat boleh sesaje je nak masuk sempadan negara orang. Sebenarnya gerai mainan kat tepi jalan tu dia kata Thailand, alasan je tu sebenarnya nak beli mainan dia. Pandai ko ye Arif tang situ Thailand ko. Kami beli pelbagai makanan dan juga biasa la Arif mengamuk nak beli buih sabun.
Buah SETOI namanya besarkan.
Buah bali merah.
Buah laici
sambal rangup Ikan bilis.
Roti manis atas ada gula. Zaman kecik dulu banyak le jual dalam balangkan kekawan.
Buah bali merah.
Buah laici
sambal rangup Ikan bilis.
Roti manis atas ada gula. Zaman kecik dulu banyak le jual dalam balangkan kekawan.
Antara makana yang dibeli.
Singgah tengok burung kasawari. Tengok dari dalam kereta je, coz dah lewat.
menyinggah membeli sate. 1 cucuk 2 posen je.
Jalan2 ke Kuala Perlis untuk mencari mentarang ( mak kata macam kerang). Tak de coz dah lewat senja gerai semua dah tutup. Tak de rezeki nak beli dan tengok macam mana rupanya.
Sepanjang pantai Kuala Perlis ke Sungai Bahru.
Labels:
Jejalan
Mandi Kolam
Pagi Sabtu dan juga Ahad, mandi kolam di rumah sahaja. 2 hari berturut-turut mandi kolam. Seronok sangat dua beradik tu mandi. Pagi-pagi lagi dalam pukul 9.30 pagi dah siap-siap nak mandi. Kolam pastik dirumah je, yang boleh lipat-lipat tu. Tengok pic je la ye. Bukan main seronok lagi, tapi yang adik Alisha tak mahu mandi sangat sekejap je coz abang dia suka kacau. Pas tu si Arif mandi le dengan Ultraman kesayangan dia la. Saya jadi tukang tunggu je. Suma orang tak bangun lagi bising dua beradik tu je. Nanti hari minggu boleh mandi kolam lagi le. Melambung le bil air kang. Untuk anak-anak apa salah ye. Tengok je la gambar pada hari Sabtu, Ahad tak snap pun gambar.
Subscribe to:
Posts (Atom)