IKLAN

Says.my buat majlis harijadi, tapi anda yang akan dapat hadiah! tak percaya klik sini [Birthday]

Siapa nak melancong selama 2 minggu ke seluruh dunia secara PERCUMA? Klik sini [Microsoft contest]


Friday, July 27, 2012

Cerita Sedih Segera


Salam, memang drastik n mantik dan segala tiklah. Baru je bukak sepet shop nak beli telekung anak, pas tu nampak peraduan ni. Memang drastik sungguh hari ni peraduan tu tamat, tetapi tidak dimaklummkan jam brapanye, hentam je la. Terus je masuk walaupun memang ade link sepet shop tapi kena ikut banner yang diberikan. memang terdesak nak beg coz beg baru je rosak zipnye. Nak uplode gambar dah tak sempat. Nanti balik rumah baru nak load gambar bagaimana sedihnye keaadannya. termasuk satu lagi beg kena gigit tikus akibat tersimpan makanan di dalam beg dan beg tersorok ditempat ceruk yang menyebabkan kesedihan berganda. Ni pun baru lepas tukar purse yang zipnya rosak juga....Kesedihan berlipat gandalah ceritanya. Semoga saya berjaya walaupun hanya mendapat saguhati beg tersebut (ertikata lain mau juga nak menang yang best), hehehehe. Tak sempat tengok blog orang yang masuk peraduan ni pun. Papepun semoga berjaya....



Friday, July 13, 2012

Keselamatan Diutamakan

Hari ini saya sudah terima kit keselamatan kebakaran di rumah atau untuk kereta. Memang pemadam api dan juga smoke hood disimpan dalam kereta untuk keselamatan kereta dan juga diri. Sayakan pengguna kereta yang berwajib setiap kali pergi dan balik kerja. Jika berlaku kemalangan api walaupun bukan kereta kita, gunakan sahaja nanti boleh dapat ganti dengan bukti seperti gambar dari hanfon pun boleh. Kalau ada orang yang mahu kacau ketuk je dia dengan pemadam api itu kan senang. Bagi smoke alarm semestilah dipasang dekat rumah untuk keselamatan seisi rumah. Saya dapat semua ini daripada satu penerangan tentang keselamatan kebakaran daripada pihak Pusat Pengajian saya. Orang itu datang untuk penerangan keselamatan kebakaran sekaligus menjual barang ini. Untuk maklumat lanjut syarikat mereka adalah www.firepreventioncentre.com . Mereka memang bagi taklimat secara percuma sebagai sumbangan mereka kepada badan-badan amal di Malaysia ini. Bagus juga fasitator yang beri taklimat ini. Selalu mereka akan pergi ke badan-badan kerajaan, Universiti dan juga sekolah-sekolah untuk menerangkan betapa pentingnya tahu tetang keselamatan kebakaran ini. Oleh itu, UTAMAKAN KESELAMATAN DAN SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN.




Tuesday, May 29, 2012

Bercuti lagi, ke KL lah kite




Macam biasa balik kl yang umpama balik kampung juga. Balik Taman Medan sambil jejejalan ke KL.

Monday, May 21, 2012

Makan-makan Untuk Bufday Adik Alisha




Malam minggu hari tu buat makan2 sempena bufday adik Alisha. Buat spageti sikit, goreng nugget, kentang dan yang penting kena ada kek sekali. Beli kfc juga. Jemput makcik2 dan juga tokcik, toksu dia je. Ade kek tu yang penting.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, February 20, 2012

Bersuka Ria Di Hujung Minggu

Semalam adalah sejarah saya main bowling dan berkarok bersama anak-anak. Turut ditemani juga Maksu Finas mereka. Sebelum itu kita orang memergi kenduri di Tabung Haji, Bayan Lepas, kenduri anak En. Rosli (staf opis Fizik). Anak diapun kawan Mr. Hubby juga. Selepas makan kenduri dalam jam 2 lebih baru siap untuk pergi Bukit Jambul. Kami sampai tak ramai orang yang main lagi. Pilih lorong hujung sekali bersama lorong anak yang berpalang lah ye. Main bukan hebat lagi, tapi ke longkang perginya. Tengoklah pic anak main, macam2 aksi nan hado...

Aksi Abang Arif main.

Yeeee, hebat2.

Adik Alishapun sibuk gak nak main bowling, sampai masuk lorong gitu.

Aksi Maksu Finas.

Aksi saya, main dengan lemah lembut. Pic hubby main dia xmo kasi.


Selepas habis main bowling, kami ke sesi karok pula. Tempat karok tak de lah sehebat Red Box, asal ado je la. Tak jauh dari tempat kami main bowling tadi. Apa tah nama pusat karok ni, lupa plak saya. Maaf pic kurang elok, mmg tak elokpun, pakai fon je pun.


Mula2 nyanyi sopan gitu.

Aksi bila feel duk mai dah.

Abang Arif nyanyi bersama adik ALisha. Kiut bila serasi bersama 2 bradik ni.

Adik Alisha ambik feel nyanyi sesorang. Mata macam tengok skrin baca lirik gitu. Tah apa yang disebut pun tak tahu.

Lagi adik nyanyi tegak macam nyanyi lagu Negaraku. Jeling tengok apa tah.

Keoveran ko adik Alisha nyanyi ke melalak ni...

Akhir sekali mama dia nyanyi bersama abang Arif. Lagi pic Mr. Hubby tak nak kasi. Kes malu nak tengok aksi dia menyanyi.

Thursday, February 16, 2012

Sudah Terima Barang Daripada MilkADeal

Hari ini saya sudah terima barang yang di order dulu daripada Milk A Deal. Tq...

Hello Kitty The Electron Extinguishes The Mosquito

Comelkan...


Pasangan dia lagi comel. Beli daripad Milk A Deal juga.


Monday, February 13, 2012

Dapat Anak Sedara Baru

Pada hari Jumaat lepas (10/02/2012) , adik ipar saya ( adik perempuan Mr. Hubby) selamat melahirkan baby boy lebih kurang jam 7.00 ptg dengan berat 2.95kg. Kelahiran normal. Baby ini dinamakan Muhammad Faris Syahir (spelling tak tau betul ke tak). Selamat datang ke keluarga baru anda....

Baby tengah tido. Time baru lahir ni memang baby suka tido je.