IKLAN

Says.my buat majlis harijadi, tapi anda yang akan dapat hadiah! tak percaya klik sini [Birthday]

Siapa nak melancong selama 2 minggu ke seluruh dunia secara PERCUMA? Klik sini [Microsoft contest]


Wednesday, July 20, 2011

MOTO GP

Predosa kembali dengan kemenangan selepas kecederaan di bahu. Moto GP pada hari ahad lepas, layan je. Tengok di tv je la, live. Litar Grand Prix Deutschlang, Germany. Like Dani Pedrosa.

Credit pic to motogp.com


Monday, July 18, 2011

Hari Sabtu Kenduri.

Pagi-pagi dah siap. Tak de pagi sangatpun. Sesaipkan bebudak dua orang itu terus ke Sungai Ara. Tengok semua ahli jemaah masjid sudah keluar dari rumah untuk makan. Kami terus masuk rumah sedara Mr. Hubby duduk dengan mak. Mak pun baru je lepas makan. Bagi makan bebudak dua orang itu dulu baru kami berdua makan. Makanpun dalam rumah je. Lepas makan nasi, dah lapang sikit makan pula durian yang memang telah diberi pada tetamu sebelum itu. Banyak gak duriannya, maklum le masih dalam musim lagi. Bubur kacang pun ada siap pulut lagi. Boleh juga letak durian.

Main selepas makan dan sungguh gembira sekali. Adik Alisha dah boleh ikat rambut pokok kelapa.

Sayang mama ucuk-ucuk ni.

Tukang kopek durian, ni adalah abang Fadzil, sedara Mr. Hubby.

Adik Alisha pun makan durian, tapi bagi rasa je. Kang tak pandai makan pulak nanti .

Hasil makan durian. Masih ada yang menanti untuk di makan.

Selepas kenduri di Sungai Ara, hantar mak pergi kenduri kawan dia di Merin pula. Kami tunggu dalam kereta je, yang ikut mak Arif sorang je. Sementara tunggu mak kat kenduri jejalan kat tepi pantai. Tak jalan pun duk dalam kereta je, beli rojak dan air kelapa. Makan dalam kereta coz adik Alisha tido. Cantik pantainya air tengah pasang dan boleh nampak jambatan Pulau Pinang gitu. Untung duduk di Penang hari-hari tengok laut. Hehehehe.

Balai Polis Merin , dewan tempat kenduri kawan mak.

Ambil pic dari dalam kereta tak nampak air tengah pasang n jambatan Pulau Piang. Banyak gerai-gerai jualan di sini.

Rojak. Nyum-nyum.

Dan juga air kelapa, segar sekali.


Jumaat Yang File

Bukan ape nak makan kat food court Mydin, sekali nasi ayam honey BBQ xde le pula. Yang ada cuma nasi ayam kukus dan yang biasa saje. Nak makan yang set punya pun xde kerabu taugeh, hampes gak. sebelum tu pergi order DimSum, sekali order dia bagi yang member punya ngan saya sorang 1 jenis je. Bayar sekali je, patut member gi bayar asal murah je, takkan nak tunggu lagi 9 minit sementara dia nak masak lain. Lupakan je la. Turun foodcourt pula nak order aisblend perisa green apple memang ade, tapi nan ado pule jeli yogurt yang selalu kitarong order. last-last saya makan Dimsum satu set dengan aisblend green apple campur jelly buah je. kenyang gak le. Balik tu ingat nak ajak Mr. Hubby makan kat foodcourt tu coz Salmah makan nasi ayam kukus dia sedap gak, sekali hubby nak pergi tengok orang masak kenduri untuk hari Sabtu ye kenduri. Kenduri arwah di Sungai Ara, Penang. Terus tak menjadi ler planning ku ini.

Ini nasi ayam food court Mydin. sedap gak nasi ayam dia. Cian adik ni kena beletiaq dengan kami coz macam2 yang xde.

Tengah menanti Dim Sum yang kekeliruan dalam pengorderan (tatabahasa apa ni). Hehehehe


Wednesday, July 13, 2011

Anak Tudung dan sebagainya.

saje hari ni nak promote jualan online member masa kat Farmasi dulu. Dia ade jualkain tudung, anak tudung dan juga selendang dan macam-macam lagi. Hari ni dia singgah Fizik coz nak bagi anak tudung yang dah lama saya order cuma tak kesempatan nak bagi je. Sesaje tolong kekawan niaga. Mari ler tengok blog dia, Serbanika Honeyz. lawat-lawat cuci mata sambil membeli jika berkenan. Dua helai yang saya rembat tadi.

Jenguk-jenguk ler...


Kempen Promosi Kesihatan ke PTJ (Fizik)

Salam,

Hari ini Pusat Sejahtera, USM telah sudi datang ke Pusat Pengajian Sains Fizik untuk mengadakan sesi saringan kesihatan. Promosi ini adalah bertujuan untuk mngenalpasti tahap kesihatan warga kampus universiti dan juga memberikan panduan tentang penjagaan kesihatan yang baik. Aktiviti yang telah dijalankan adalah ujian saringan kesihatan, pameran kesihatan dan juga slot ceramah yang disampaikan oleh Dr. Nurulain Abdullah Bayanuddin iaitu pengarah Pusat Sejahtera. Beberapa pic yang telah diambil oleh saya. Layan ye...

Persiapan oleh petugas Pusat Sejahtera.

Salmah salah seorang staf fizik sedang mengisi borang maklumat diri.

Renu , sataf pejabat, tengah menunggu untuk cek tekanan darah.

Petugas sedang mengambil bacaan tekanan darah.

Puan Zaiton sedang diambil bacaan tekanan darah.

Saya sedang menunggu bacaan tekanan darah.

Puan Salmi tengah diberi taklimat sedikit mengenai kesihatan.

En. Mohd Rosli mengambil bacaan tinggi.

Puan Junaidah juga tengah mengambil bacaan tinggi. Siap buat peace lagi.

bacaan tinggi saya adalah 150cm saje. Rendah ye saya.

En. Muthalib mengambil bacaan tinggi juga. Sebelah tu timbat berat badan ye. En. Maidin tengah ambil berat badan beliau.

En. Azmi Senior untuk bacaan lemak dalam badan. Alat ini digunakan (namanya tak tahu la pulak).

Tengok depan, cara pegang macam nak drive je alat ni Peace for Cik Era.

Taklimat tentang kesihatan.

Ini adalah borang soal selidik tentang kesihatan dan pemakanan harian kita.

Ini adalah borang Dr. Rosli Saad, boleh ke tulis teh tarik kurang manis, macam2 ade.

Ini adalah keputusan ujian saringan kesihatan yang telah saya lakukan. BMI = 23 tahap normal lagi dan peratus lemak saya adalah 27% sahaja. Sukeee.


Seminar Agilent di Equatorial Hotel. Penang.

Semalam satu hari tiada di lab kerana saya menghadiri seminar yang dianjurkan oleh Agilent Technologies. Seminar dijalankan di Hotel Equatorial, Penang. Dengan seminar perkara ke dua, yang penting makanan yang di jamu ler. Makan free sape tak nak kan. Yang pergi wakil staf Fizik, USM adalah Profesor Madya Mat johar, dua orang dari NOR lab, En. Aswafi dan En. Hazhar dan saya sendiriwakil dari X-Ray lab. Banyak juga maklumat yang kami dapat. Tapi yang penting adalah Aswafi dapat cabutan bertuah (i-pad 2), sukeeee. Dah rezeki dia kot. Saya dan juga hazhar dapat cerderahati dari Agelent je. Jadi la...dapat juga ilmu di sikit dan kenalan baru dari Agilent dan juga compony lain yang turut serta.

Pendaftaran peserta. Kami masuk Seminar 1, ada dua seminar di anjurkan.

Pemandangan dari dalam Hotel Equatorial.

Penerangan yang diberikan oleh salah seorang wakil Agilent.

Puzzle yang perlu dilengkapkan untuk memenangi i-pad 2 sebelum cabutan bertuah di undi.

Makan sambil berdiri, kesian kat kami. Saya makan sikit je.

Antara makanan yang mesti ada, nasi, ini nasi beriani.

Antaranya cd yang diberikan sebagai rujukan.

3 beg juga diberi setiap seorang.

Antara barangan cerderamata dari Agilent Technologies.


Monday, July 11, 2011

Hari Sabtu Sarapan Speggeti.

Pagi-pagi lagi dah bangun, macam pagi sangat, dalam pukul 7.30 macam tu la. Suma orang tak bangun lagi kecuali saya dan mak je yang dah bangun. MAk kemas di luar rumah. Senang dan cepat je masak spageti ni, guna yang segera je. Nanti leh buat lagi bila ada masa lapang.

Spageti yang sudah siap di masak, siap dengan air milo ais gitu, jemput makan.

Menyelerakan.

Seronok tengok anak-anak makan. Macam2 pesen ade.

Saya suapkan spageti dekat adik Alisha, diapun suka makan gak. Bagi apapun kat dia suma masuk mulut.