IKLAN

Says.my buat majlis harijadi, tapi anda yang akan dapat hadiah! tak percaya klik sini [Birthday]

Siapa nak melancong selama 2 minggu ke seluruh dunia secara PERCUMA? Klik sini [Microsoft contest]


Wednesday, July 13, 2011

Kempen Promosi Kesihatan ke PTJ (Fizik)

Salam,

Hari ini Pusat Sejahtera, USM telah sudi datang ke Pusat Pengajian Sains Fizik untuk mengadakan sesi saringan kesihatan. Promosi ini adalah bertujuan untuk mngenalpasti tahap kesihatan warga kampus universiti dan juga memberikan panduan tentang penjagaan kesihatan yang baik. Aktiviti yang telah dijalankan adalah ujian saringan kesihatan, pameran kesihatan dan juga slot ceramah yang disampaikan oleh Dr. Nurulain Abdullah Bayanuddin iaitu pengarah Pusat Sejahtera. Beberapa pic yang telah diambil oleh saya. Layan ye...

Persiapan oleh petugas Pusat Sejahtera.

Salmah salah seorang staf fizik sedang mengisi borang maklumat diri.

Renu , sataf pejabat, tengah menunggu untuk cek tekanan darah.

Petugas sedang mengambil bacaan tekanan darah.

Puan Zaiton sedang diambil bacaan tekanan darah.

Saya sedang menunggu bacaan tekanan darah.

Puan Salmi tengah diberi taklimat sedikit mengenai kesihatan.

En. Mohd Rosli mengambil bacaan tinggi.

Puan Junaidah juga tengah mengambil bacaan tinggi. Siap buat peace lagi.

bacaan tinggi saya adalah 150cm saje. Rendah ye saya.

En. Muthalib mengambil bacaan tinggi juga. Sebelah tu timbat berat badan ye. En. Maidin tengah ambil berat badan beliau.

En. Azmi Senior untuk bacaan lemak dalam badan. Alat ini digunakan (namanya tak tahu la pulak).

Tengok depan, cara pegang macam nak drive je alat ni Peace for Cik Era.

Taklimat tentang kesihatan.

Ini adalah borang soal selidik tentang kesihatan dan pemakanan harian kita.

Ini adalah borang Dr. Rosli Saad, boleh ke tulis teh tarik kurang manis, macam2 ade.

Ini adalah keputusan ujian saringan kesihatan yang telah saya lakukan. BMI = 23 tahap normal lagi dan peratus lemak saya adalah 27% sahaja. Sukeee.


No comments: