IKLAN

Says.my buat majlis harijadi, tapi anda yang akan dapat hadiah! tak percaya klik sini [Birthday]

Siapa nak melancong selama 2 minggu ke seluruh dunia secara PERCUMA? Klik sini [Microsoft contest]


Monday, June 13, 2011

Kenduri di Taiping

Hari Sabtu 11 Jun 2011, kenduri sebelah lelaki kat Taiping. Iaitu antara Mohd Firdaus dan juga Siti Nursyahira. Perjalanan ke Taiping adalah sangat cerah dan juga panas yang melampau.

Van yang di sewa dari Balik Pulau. Cuaca yang panas ditambah dengan aircond van yang tak berapa nak sejuk, amat panas sekali bahang mentari pada hari itu.
.Cara driver nak nek van yang di sewa.

Senyum dalam kepanasan. Hehehehe

Saya bersama adik Alisha duduk di depan. Sangat luas pemandangan.

Sempat adik Alisha manjamah makanan yang dibawa dari rumah.

Kereta pengantin, keselesaan terpancar di wajah raja sehari. tak sempat nak sanp pengantin dalam kereta.

Rombongan tiba dalam pukul 2.00 pm. Mentari terasa terik sekali. Pengantin diiringi dengan kanak-kanak yang comel-comel belaka.

Raja sehari di sajikan dengan pertunjukan silat dari persatuan silat di situ. Terlupa pula Persatuan silat apa.

Antara aksi-aksi yang ditunjukkan oleh pensilat itu.


Pengantin menjamu selera.

Antara barisan rombongan di meja jamuan pengantin.

kami menjamu selera di meja yang telah dikhaskan.

Merehatkan diri sebentar sebelum balik dirumah tetamu tidak jauh dari rumah pengantin. (HOMESTAY)

Antara gelagat adik ALisha di rumah rehat. Dua orang kanak-kanak ini siap mandi lagi dan salin baju. Cuaca amat panas sekali hari itu.

Perjalanan menghantar kembali van yang telah disewa.

Menyusur jalanraya dicelah bukit menuju ke Balik Pulau. Van yang disewa aircorn tak sejuk, patut dengan harga yang di sewapun. Hari itu kami adalah kepanasan sepanjang perjalanan. Anak siap pakai pampers je. Apapun semuanya selamat pergi dan balik. Amin.


Thursday, June 9, 2011

Pergi ke Hospital Taiping.

Semalam kerja adalah halfday, coz nak pergi Hospital Taiping, suami adik ipar yang baru kawen masuk hospital kena demam denggi. Anak2 tinggal dengan pengasuh diorang. Yang pergi mestilah adik ipar yang baru kawen tu n adik ipar yang kecik sekali, mak mertua n Mr. Hubby. Semasa nak keluar dari Penang, hujan yang maha lebatnya. Kat atas jambatan tak de hujan pule, hujan sekerat sekerat je sampai ke Taiping. Masa nak masuk Taiping cuaca elok, sampai hospital je hujan turn. Adik ipar je boleh masuk coz belum waktu melawat lagi. Kami berempat pergi meronda kat area hospital je la. Masuk TESCO taiping jap, jejalan tengok2 je la, tak beli apapun. Masa sampai kat Kemunting singgah makan kat astaka kemunting. Oh lupa nak cakap, saya ngan Mr. Hubby pergi satu kereta (WAJA), adik ngan mak nek keta die (VIVA). coz nanti die nak tinggal kat hospital, kami suma balik. Kena le jaga suami tercinta. Yang best ye, kalau hari Sabtu hubby die tak boleh keluar hospital doktor bagi 2 jam unutk bersanding, cam ne nanti. Kesian pun ade...

Yang ni sempat snap pic, cuaca agak mendung sedikit.


Monday, June 6, 2011

Kenduri di Balik Pulau dan sewaktu dengan ye...

Hari SABTU adalah hari kenduri. mula2 mak ngan acu saje yang turun kenduri di area Relau. Kami suma tunggu dalam kereta. Pas tu bari pergi ke Balik Pulau, kenduri rumah Tok Dak lelaki sebalah arwah bapa mertua...Masa sampai adalah nak hujan. Selepas habis je makan hujan dengan maha lebatnya pun turun. tunggu le sehinga hujan renyai2 baru balik. Jumpa Pak Su (adik arwah papak mertua) kat kenduri. Yang tu je yang kenalpun. anak Tok Dak tu adalah, pengantin tak kenalpun. Rupa2 ye menantu Tok Dak adalah driver USM. Manalah saya kenal coz ramai sangat driver kat sini. Driver bas pun tak kenal coz saya tak nek bas USM pun, student je yang ramai nek. Ini ada pic adik Alisha makan buah apel masa kat kenduri.

Pemandu yang setia , Mr Hubby.

mama n adik Alisha.

Maksu Mija (sepupu saya), pangkat yang dipanggiltuk Arif dan Alisha. Belakang tu adalah mama dia.

Adik Alisha muka bulat2 bola.

Keenakan adik Alisha makan buah apel. Sungguh suke die makan....cedapnyeeee

Apa yang dibisikkan oleh Arif kat ayah dia ni, tak tau lerrr.

Akhir sekali Maksu Mija die makan sampai tertutup mata...hehehehehe.


Tengok Maharaja Lawak @ PISA

Malam Jumaat tadi pergi PISA, tengok Maharaja Lawak secara langsung lagi tu. Pergi bersama adik ipar (Siti Nursyafinas), anak2 tinggal ngan mak mertua..hehehehe, cian mak mertua kena jaga dua orang cucu yang tak reti duduk diam. tak de snap gamba coz nanti flash ganggu rancangan itu. Camerapun bukannye canggih sangat, tah2 nampak lampu je. Memang lawak le JAMBU, suma orang dalam stadium PISA ikut n ajuk cakap group diorang 'ar'2 stail orang pekak ysng tak dengar ape yang orang len cakap tapi cakap slow2 dengar ler pulak. Yus le jadi orang pekak n Tauke jadi orang buta. Nak wat show ngan sebiji giter je. Dok ajuk 'ar'2 banyak kali. Tak cukup itu kumpulan SEPAH boleh tahan gak cerita pasal bidan. Yang jadi mangsa biasanya si SYUIB hubby si Siti Sarah tu le jadi bini yang mengandung. Di sedutnya pakai vacuum lagi. Last2 rupenye sakit perut nak membuang bukan nak bersalin pun. AMIR pun datang tengok di PISA itu hari. Tak kurang hebat persembahan daripada kumpulan R2, JOZAN dan juga Nabil satu2nya peserta solo. Sape yang tak de ASTRO WARNA memang tak leh tengok le Maharaja Lawak ni secara live. Saya pun tak langgan jadi tengok kat sini je la. Pas ni tak leh tengok live lagi lah. Mereka buat kat Pahang pula minggu depan. jadi, ni ade pic dari adik limau lime dalam blogger yang saya google, sori dik akak show your blog kat akak yer blog...TQ. Dah buh baru minta izin sori2...

Dapat snap tiket je.

Friday, June 3, 2011

Sambut Bufday Alisha

Kek mula-mula beli yagn ini dulu.


Semalam baru sempat nak potong kek bufday Alisha. Kesian kat adik, bulan 6 baru nak potong kek. Kek beli masa kenduri kawen adik ipar haritu. Disebabkan sibuk dengan hal kenduri , tak sempat nak potong kek adik Alisha. Semalam baru kesempatan coz saya cuti. Panggil pun sepupu yang ade je.

Kami bertiga, ayah tolong tangkap gambar je.

Sesi memotong kek.

Mama suapkan adik Alisha kek. Dia suka kek coklat nih...tq maktok belikan.

Gelagat Alisha di sofa.

Sempat nak korek telinga lagi tu, bucuk le...

Duduk dengan baju kembangnya...

Menanti kek yang sudah di makan, nak lagi la tu. Sukeeee

Gaya adik Alisha buat muka bucuk...tome sangat....


Wednesday, June 1, 2011

Kematian.

Hari ini saya terima 5 kematian di tempat saya sahaja. Baru pertama kali saya terima berita begini begitu banyak sekali. Pertama sekali bapa kepada staf opis kami, En. Nasir meninggal dunia sebab sakit tua. Sudah 2 hari di masukkan ke hospital. Yang kedua dekat rumah beliau, kira sepupu En. Naisr juga le, tak jauh daripada rumah beliau meninggal dunia juga, tapi tak tau pasal apa, berumur juga la, dalam 60 tahun macam tu la. Petang pula buka FB Farmasi, tup-tup diorang tulis En Hassan Ramli, Pembantu Makmal di Pusat Pengajian Sains Farmasi, tempat lama saya dulu telah kembali ke Rahmahtullah. Fon extetion Mahani, salah sorang staf farmasi, nak sahkan betul ke tidak tapi tak dapat. Tak lama lepas tu dia fon kat saya, katanya arwah memang MC hari ini, rehat kat rumah, mengadu sesak nafas dan tak sedarkan diri, bawa pergi hospital naik umbulans untuk pihak hospital sahkan kematian beliau. Jenazah di sembahyang di Masjid USm dan di kebumikan di perkuburan orang tuanya di Penaga, Kedah. Tentang kematian yang ini pula tahu sebab pernah makan kat restoran dia, nama Minah Restoren. Adalah sedara kepada orang HR Fizik sendiri. Kira Tokey dia la yang meninggal ni, iaitu Pn. Minah. Umur tak pasti dan sebab apa pun tak tau. Yang terakhir Staf USM juga, tapi Pusat Pengajian Biologi, yang ni India, umur dalam 52 tahun, tak tahu apa punca kematiannya. Kepada keluarga yang terlibat ucapan takziah dan di harap dapat bersabar....Inna lillahi wa inna ilayhi rajion....Al-Fatihah.

Buah Mempelam Manis

Semalam Salmah ( budak opis ) telah membeli buah mempelam daripada makcik dia. Saya ambil satu bungkus RM10.00. Sungguh manis isinya. Nanti nak order lagilah. Kebunnya kata Salmah di Balik Pulau , tak de la jauh sangat, kat dalam pulau juga le. Dia buat menjual, ade yang ambil di pokok dan ada yang peram. Selalunya yang ambil kat pokok saisnya adalah kecik sedikit, tak tau kenapa kecik, memang macam tu kot.

Jemput makan semua..nyum2