IKLAN

Says.my buat majlis harijadi, tapi anda yang akan dapat hadiah! tak percaya klik sini [Birthday]

Siapa nak melancong selama 2 minggu ke seluruh dunia secara PERCUMA? Klik sini [Microsoft contest]


Wednesday, May 25, 2011

Booking

ENTRY BARU TAPI DAH SIMPAN LAPOK DAH ADE DI MUKA SURAT 12 &13

Hari ni saya dah booking vistana untuk my parents datang pada hari Sabtu nanti. Diorang akan menginap untuk 1 malam sahaja. Masa kenduri diorang datang dari kenduri di Bukit Merah dulu. Pas tu baru datang Penang. Jadi nak cek in tak de masalah le, cos petang baru diorang sampai. Bab ni dah setelpun. Tunggu korang sampai je, tak tau lagi sape yang ikut, yang pastinye adik2 yang 2 orang itu le (Amar & Nada ).. Tinggal bab nak order kek je lagi. Nak buat bufday adik Alisha masa kenduri adik ipar nanti, hari Sabtu. bajet tak de, tumpang potong kek jela. Jadi sesapa yang bufday jatuh bulan 5 boleh sambut sekali gus ye. Makanan dah diberikan. Hehehehe...bijak2.



Tuesday, May 24, 2011

Jus Granada (Delima)

JUS GRADANA (DELIMA)

Produk popular dengan khasiat yang terbukti.

Semua orang pernah melihat buah delima. Ia buah yang unik, cantik dan harum. Berasal dari Parsi (kini dikenali sebagai Iran) dan di Utara India sekitar banjaran Himalaya. Di Thailang, delima di anggap sebgai buah yang suci dan keramat. Rmai orang membawa buah ini untuk dipersembahkan kepada Kuan Yin (Dewa Masyarakat Cina). Lebih 8000 tahun dahulu, buah ini telah digunakan sebagai penawar untuk pelbagai jenis penyakit.Masyarakat Parsi percaya bahawa semua khasiat yang terdapat dalam buah-buahan lain ada terdapat dalam buah delima ini. Ia ditanam secara meluas dan kalangan masyarakat Cina kuno percaya mitos buah delima sebagai wakil buah dari syurga ataupun hadiah dari tuhan yang terdapat dalam kitab perubatan purba. Terdapat banyak khasiat dan vitamin terkandung di dalam buah delima antaranya Magnisium dan Kalsium yang bagus untuk pengaliran darah. Terdapat dalam Al-Quran, Hadis dan Kitab Purba Parsi (yang dikatakan menjadi sumber rujukan Perubatan Barat) menyatakan kebaikan dan khasiat buah ajaib ini, antaranya :

- Mengekalkan keadaan jantung dan hati yang sihat.

- Membersihkan hati dan saluran perkumuhan.

- Menyingkirkan lemak berlebihan..

- Meningkatkan tenaga.

- Mencegah rasa mual.

- Menstabilkan tahap hormon semasa kemuncak haid.

- Mencantikkan kulit muka.

- Membantu memulihkan pesakit Diabetis.

- Berupaya menghapuskan kahak.

- Memberi tanaga dan mencegah keletihan.

- Mencegah angin akmar bagi warga emas.

- Meningkatkan peredaran darah.

Hasil dari analisis perubatan moden tentang kebaikan buah delima adalah:

  1. Ianya mengandungi Anti Oksida yang tinggi.
  2. Anti Oksida yang tinggi didalam buah ini mampu mengurangkan tahap kolestrol yang terkumpul dalam saluran darah.
  3. Anti Oksida ini juga mampu mengurangkan tahap kolestrol dan melembutkan saluran darah yang sempit.
  4. Penggunaan 50cc jus delima unutk 2 minggu berturut-turut mampu mengurangkan tekanan darah sebanyak 5%. Walau bagaimanapun, jumlah yang disarankan hanya 15-30cc sahaja, ataupun 1-2 sudu teh sudah memadai untuk diambil setiap hari.
  5. Ianya meninggalkan keupayaan hati dan membantu mencegah dan mengurangkan kesan 'Hepatoprotective'.
  6. Kandungan Anti Oksidanya mampu menghalang pembentukan sel barah payudara.
Buah Delima adalah buah yang sangat bermutu. Di Jepun, media massa telah pun mempromosikan khaisat buah ini. Ianya merawat sakit jantung, tekanan darah tinggi, memberi tenga, mencerahkan kulit dan banyak lagi. Jus Delima adalah minuman kesihatan yang terbaik dan berkhasiat.

Catatan :
Tidak mengandungi bahan pengawet, pewarna atau pemanis tambahan.
Simpan dalam peti sejuk selepas dibuka.

Sesiapa nak order bole PM saya. Bukan saya yang jual, tapi boleh la kalau nak order sari saya. Nanti saya sampaikan kepada pengedar jus delima ini.



Baju Sukan Sekolah

Arif dapat baju sukan sekolah die. Warna kuning gitu. Sukan adalah pada hari Ahad lepas (22/05/11). Tapi Arif tak pegipun, cos cuaca panas dan dia tak masuk game papepun. Tak de semnhat sukan langsung ko nak. Tak pe nanti tahun depan masuk acara ye.

Test pakai kat rumah je la. Muat ke tak. Nak pakai baju sukan pada hari Khamis untuk aktiviti kokurikulum di sekolah.

Nasib baik muat walaupun besar sedikit.

Sempat posing dengan gaya tersendiri. Siap angkat kaki dan tangan ke belakang gitu.

Pas tu terus duduk tengok tv. Tak mau bukak dah ke baju tu.


Adik Alisha Cucuk 1 Tahun

Pada hari Khamis (19/05/11) pergi klinik bawa Alisha pergi cucuk untuk umur 1 tahun. Ini adalah cucuk yang terakhir masa kecil ni la. Nanti bile masuk sekolah pula baru cucuk. Dalam bilik Alidha errkk skit je, pas tu dah ok. Cucuk ni tak demam, tapi bagi gak spare ubat demam. Pas tu hantar kat pengasuh dia, terus masuk kerja. lagupun hari Rrabu dan Khamis adalah kursus, memang mula kursus jam 9.30 pg, sempat le bawa Alisha gi klinik.

Ceria sebelum pergi klinik ni. Jap gi kena cucuk ler adik Alisha.

Tanda yang sudah kena cucuk, buh kapas je pun. Sikit je kan adik Alisha.

Setalah kena cucuk terus bagi minum nestum perisa ayam dan sayur. Takut dia menjerit meraung pula kang. Tapi ok je kan adik, skit je.

Dan gambar selingan Alisha kenyit mata...sukeeeeeeeeeee.


Monday, May 23, 2011

Kenduri Akad Nikah (21/05/2011)

Ini adalah kenduri akad nikah adik ipar ye. Oleh itu harus la ade kenduri sedikit2. Adik ipar adalah adik kepada Mr. Hubby. Sebagai abang yang sorang ni je dan juga merangkap wali harus le dia yang paling diperlukan buat masa ini. Nikah di buat di Masjid Al-Iqtifaq, Sungai Nibong Kecil, Penang. Betul2 di sebelah rumah je pun. Senang jalan kaki je. Masa Pagi nak hantar mekap pun, saya le harus yang hantar, takkan pengatin nak drive sendiri masa dah siap nanti. Saya hanya menghantar dan menjemput je la, tak tunggupun jemu pula kang menunggu. Lepas abih mekap saya pun menjemput la mereka.. Pengantin ditemani mak sedara , iaitu Mak lang (isteri Abang mak mertua). Pengatin siap memang tepat pada masanya, dalam pukul 12.00 tengah hari dah siap, pengantin lelaki dari Taiping pun dah sampai. Mereka terus tunggu di Masjid. Yang menjadi soal ye adalah Mr. Hubby le, lambat cos ambil lauk dari Farlin, dengan keadaan van yang menyempu, dan juga menyemputkan dirinya sendiri, Mr. Hubby adalah lambat.Tok kadi boleh tunggu Wali pula, bukan pengantin yang lambat. Hehehehe....Tapi apapun dengan sekali lafas sahaja, telah sah mejadi suami isteri...Amin.

Inilah pengantin ye....Siti Nursyahira Ibrahim.

Bersama pengapit....Erna.

Sementara menunggu, tengok la anak2 tak pandai duduk dia, Alisha nak jejalan je dalam Masjid. Tu mengamuk nak bangun le. Abang Arif pule tak abis2 nak makan dalam Masjid, nasib baik Tok Su bagi gula2. Tu dok mengunyah gula2 le.

Ragam Alisha tengok merata.

Menanti untuk dinikahkan.

Wali yang tengah berpeluh2 dan tercungap2.

Hadiah mas kawen adalah gelang dan cincin untuk lelaki.

Masa dah selesai, dalam bilik.

Alisha yang tak mau bergambar dengan makcik dia. Geli kot duduk atas baju yang bersulam tu.

Akhir sekali gambar Alisha buat mata mengantuk dah...


Friday, May 20, 2011

Malam Berinai

Malam tadi adalah malam pengantin pakai inai ye. Bukan pengantin naik pelamin berinai. Yang ini maksudnye lain, orang tolong pakaikan inai sahaja. Rasanye pengantin tak buat malam berinai kot. Bukan budaya orang Penang pun. Pengantin adalah yang saya war2kan adik ipar saya, iaitu adik kepada Mr. Hubby, masih tak faham tak tau le. Kes ye, wali adalah Mr. Hubby, wali muda. Masa pergi interview ari tu nasib tok kadi tanya pengantin je, Mr. Hubby hanya senyum sengeh saje la. Meriah betul malam tadi, tu baru pakaikan inai je. Abis jiran tetangga tandang ke rumah cos orang dalam rumah ni suma tak reti nak pakai inai. Termasuk la saya. Beberapa pic masa pengantin pakai inai.

Baru pakai kat tangan. Yang pakaikan inai adalah Maksu Ani, jiran sebelah rumah je. Tengok le pic macam2 ragan budak2 ni buat. Masuk bawah meja kopi la, meriah sangat.

Sudah siap di kaki, Maksu Ani pun pakai juga. Yang lain tengok je.

Adik Alisha tengok pelik, apa yang Makcik dia pakai tu.

Sudah siap keseluruhannya.

Mula tengok2 je kan. sekarang nak pegang pula, tapi geli.

Meriah dengan anak2 jiran tetangga. Main apa tah le.

Adik Alisha berjalan merata...untuk tatapan suma ye.


Thursday, May 19, 2011

Coklat Istimewa

Cerita pasal coklat istimewa yang diberi oleh pengasuh Arif untuk die. Selepas Arif demam masuk hospital hari tu le papa dia bagi coklat ni. Tengok pada pakej die dari Singapore. May be kot, cos papa pengasuh Arif slalu out station. Coklat die rasa macam coklat Ferrero Roshel je...Nyummy2 tumpang rasa gak.Tak abis dengan coklat dia ni. Belek2 je sayang nak makan ke, mai mama makankan.

Ada dua ketul je pun isi ye. Tapi dapat 2 bungkus untuk 2 hari, dapat la 4 ketul. Macam matematik pula 2+2 = 4..