IKLAN

Says.my buat majlis harijadi, tapi anda yang akan dapat hadiah! tak percaya klik sini [Birthday]

Siapa nak melancong selama 2 minggu ke seluruh dunia secara PERCUMA? Klik sini [Microsoft contest]


Thursday, October 20, 2011

Mana Nak Mulakan Dulu

Cerita pasal sakit je la....minggu lepas dan minggu ni adalah minggu demam. Saya hari Khamis minggu lepas dah demam. Petang baru pergi Pusat Sejahtera, USM. Ambil ubat demam dan juga ubat sakit kepala je, doktot bagi time slip sampai balik kerja. Hari Jumaat dah ok dah. Maybe ade seminar pagi dan petang ade kursus keselamatan. Busy sesangat. Hari Sabtu sempat pergi kenduri masuk rumah baru Tok Dak di Balik Pulau. Pagi Sabtu anak-anak dah mula nak demam, pergi kenduri yang adik pakai Cool Fever. Hari Ahad cepat-cepat pergi klinik ambil ubat demam. Sayapun mula nak demam balik. Malam tu dah rasa seram sejuk, esoknya terus pergi klinik, ambil injection untuk cepat baik demam, dapat la cuti sakit sehari. Anak-anak dah ok dah balik petang Isnin tu. Saya memang ok le lepas kena injek tu. Hari Selasa saya baru masuk kursus ISO dekat Cititel Hotel. Pergipun pagi je, lunch Mr. Hubby fon kata adik dia suspek denggi, kena admit hospital coz tengah pradnen. Terus balik rumah ambil adik Alisha dekat rumah pengasuh dan abang Arif tunggu dekat rumah lepas dia balik sekolah. Lepas tu, semua pergi klinik nak cek darah. Mula-mula saya masuk dengan abang Arif, result yang keluar saya punya patlet darah adalah rendah 105 je, suspek denggi. kalau bawah 100 terus kena admit hospital la jawabnya, doktor suruh datang lagi hari Rabu. kalau yang normal patlet darhn kena atas dari 150. Abang Arif adalah ok. Lepas tu adik Alisha pula masuk ambil darah, tetapi tak dapat cari urat, darah tak mau keluar, diapun dah mengamuk, terus suruh ambil esok (Rabu) sama dengan saya. Hari Rabu pula, pagi-pagi siapkan abang Arif pergi sekolah baru pergi klinik. Patlet darah saya adalah naik sedikit 132, selamat sikit tapi hari Jumaat kena ambil lagi sekali. Adik Alisya ambil sebelah kanan pula. semalam kiri tak dapat, ni pun tak dapat juga. Terus doktor refer ke GH, cian adik Alisha. Dekat GH doktor ambil ikut kaki baru boleh, tu pun mengamuk juga dia. Terus tak mau dengan saya coz saya yang pegang dia kuat-kuat. Panggil ayah dia je, kalau saya dukung terus mengamuk. Keputusan adik Alisha adalah bagus 181. Lega saya, kesian tengok adik Alisha kena cucuk siap kona-kona lagi jarum nak dapatkan urat darah. Apapun moga esok, keputusan saya adalah ok. Untuk maklumat saya dapat kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dan Panduan Penjagaannya di Rumah. Dekat kat tu adalah dia tulis tanda-tanda bahaya penyakit denggi dan panduan penjagaan pesakit denggi di rumah.

Inilah kad rekod pemantauan pesakit denggi.

Hari Pertam Platelet 105. Nyaris-nyaris kena admit.

Hari kedua sudah naik kepada 132 platelet.

Ini adik Alisha punya, tak de apa-apa masalah platelet dia 181.

Ini borang nak ambil darah.

Tanda-tanda bahaya penyakit denggi seperti

- Pendarahan

- Tanda atau tompok merah pada kulit

- Pendarahan pada hidung atau gusi

- Muntah darah

- Najis berwarna hitam

- Haid yang bayak atau pendarahan dari faraj

- Kerap muntah

- Sakit perut

- Pening dan rasa gelisah

- Pucat atau rasa yang sejuk bila kulit disentuh

- Sesak nafas.

PANDUAN PENJAGAAN PESAKIT DENGGI DI RUMAH

Apa yang anda perlu lakukan?

- Berehat secukupnya

- Banyakkan minum cecair seperti susu, jus buah-buahan, minuman isotonic dan air barli (minum melebihi 5 gelas). Meminum air kosong sahaja tidak mencukupi

- Makan ubat demam seperti paracetamol mengikut nasihat doktor

- Spoge atau lap badan dengan kain basah bagi mengurangkan suhu badan

- Jika boleh, guna ubat nyamuk atau kelambu untuk mengelakkan gigitan nyamuk

- Cari dan musnahkan tempat-tempat pembiakan jentik-jentik nyamuk aedes di dalam dan luar rumah.

Apa yang anda perlu elakkan

- Jangan ambil ubat tahan sakit seperti aspirin, mefenamic acid / ponstan atau steroid

- Tidak perlu mengambil antibiotik

Marilah kita sama-sam menjaga kebersihan persekitaran kerana denggi belum ada vaksinnya. Cara pencegahan sebelum anda terkena.


Ini sahaja yang saya lalu semasa demam hari tu.

Abang Arif kena ambil darah, tetapi dia tak de apa-apa masalah dengan denggi.

Sebelum ambil darah di klinik. 2 kali cucuk terus doktor suruh pergi hospital.

Muka relax je nak gi hospital ambil darah ikut kaki.

Inilah hasilnya. Boleh tahan gak mengamuk kat dalam wad kecemasan, sampai saya dukungpun dia tak mau.

Yang ini adalah gambar di hospital bersalin, melawat adik ipar saya kena denggi. Disebabkan dia praggy dia kena admit kat hozpital bersalin dulu untuk scan keadaan kandungan. Selepas tu baru bawa pergi GH, masuk wad denggi. Wad tu memang khas untuk denggi.



No comments: