IKLAN

Says.my buat majlis harijadi, tapi anda yang akan dapat hadiah! tak percaya klik sini [Birthday]

Siapa nak melancong selama 2 minggu ke seluruh dunia secara PERCUMA? Klik sini [Microsoft contest]


Monday, February 20, 2012

Bersuka Ria Di Hujung Minggu

Semalam adalah sejarah saya main bowling dan berkarok bersama anak-anak. Turut ditemani juga Maksu Finas mereka. Sebelum itu kita orang memergi kenduri di Tabung Haji, Bayan Lepas, kenduri anak En. Rosli (staf opis Fizik). Anak diapun kawan Mr. Hubby juga. Selepas makan kenduri dalam jam 2 lebih baru siap untuk pergi Bukit Jambul. Kami sampai tak ramai orang yang main lagi. Pilih lorong hujung sekali bersama lorong anak yang berpalang lah ye. Main bukan hebat lagi, tapi ke longkang perginya. Tengoklah pic anak main, macam2 aksi nan hado...

Aksi Abang Arif main.

Yeeee, hebat2.

Adik Alishapun sibuk gak nak main bowling, sampai masuk lorong gitu.

Aksi Maksu Finas.

Aksi saya, main dengan lemah lembut. Pic hubby main dia xmo kasi.


Selepas habis main bowling, kami ke sesi karok pula. Tempat karok tak de lah sehebat Red Box, asal ado je la. Tak jauh dari tempat kami main bowling tadi. Apa tah nama pusat karok ni, lupa plak saya. Maaf pic kurang elok, mmg tak elokpun, pakai fon je pun.


Mula2 nyanyi sopan gitu.

Aksi bila feel duk mai dah.

Abang Arif nyanyi bersama adik ALisha. Kiut bila serasi bersama 2 bradik ni.

Adik Alisha ambik feel nyanyi sesorang. Mata macam tengok skrin baca lirik gitu. Tah apa yang disebut pun tak tahu.

Lagi adik nyanyi tegak macam nyanyi lagu Negaraku. Jeling tengok apa tah.

Keoveran ko adik Alisha nyanyi ke melalak ni...

Akhir sekali mama dia nyanyi bersama abang Arif. Lagi pic Mr. Hubby tak nak kasi. Kes malu nak tengok aksi dia menyanyi.

Thursday, February 16, 2012

Sudah Terima Barang Daripada MilkADeal

Hari ini saya sudah terima barang yang di order dulu daripada Milk A Deal. Tq...

Hello Kitty The Electron Extinguishes The Mosquito

Comelkan...


Pasangan dia lagi comel. Beli daripad Milk A Deal juga.


Monday, February 13, 2012

Dapat Anak Sedara Baru

Pada hari Jumaat lepas (10/02/2012) , adik ipar saya ( adik perempuan Mr. Hubby) selamat melahirkan baby boy lebih kurang jam 7.00 ptg dengan berat 2.95kg. Kelahiran normal. Baby ini dinamakan Muhammad Faris Syahir (spelling tak tau betul ke tak). Selamat datang ke keluarga baru anda....

Baby tengah tido. Time baru lahir ni memang baby suka tido je.


Wednesday, February 8, 2012

Gila Majalah

Sekarang sudah gila pula nak baca majalah. Tapi bukan membelinya, dengan online je pun....Klick pada WuuhuuOnline.com. Buat masa in ada 3 majalah yang disediakan iaitu FEMAG, komic WUUHUU dan juga ENF dan yang penting sekali adalah percuma...
Contoh, majalah femag ni.


Monday, February 6, 2012

Ke Kenduri 2 Hari Ini

Hari cuti Sabtu dan Ahad adalah ke kenduri. hari Sabtu kenduri di Kulim, kawan semasa di Farmasi dulu. Selamat sudah dengan pasangan tempat kerja yang sama di Farmasi juga. Hari Ahad mula kenduri jiran dirumah, kawan Mr. Hubby

Thursday, February 2, 2012

Nak Menang Beg Coach?

Rebut dan menangi beg Coach daripada Reebonz!.
Sila layari laman web http://www.reebonz.com/invite_code/kk2 untuk maklumat lanjut.