IKLAN

Says.my buat majlis harijadi, tapi anda yang akan dapat hadiah! tak percaya klik sini [Birthday]

Siapa nak melancong selama 2 minggu ke seluruh dunia secara PERCUMA? Klik sini [Microsoft contest]


Wednesday, March 30, 2011

Kursus Di KL

Assallammualaikum....Hari ini adalah saya ade di umah kat KL. Pagi tadi tolak dr Penang naik flight yang 1st gitu. Ade kursus kat UKM, Bangi. Anak2 tinggal ngan pengasuh kat USM. Pagi2 kul 4.30 pg dah hantar anak ke pengasuh. Makan dulu kat Nasi Kandar Beratur, pas 2 baru gi airport. Skang ade kat umah KL jap je la. Rehat jap, jap gi mlm dah tolak lik Penang. Letih gak le kursus 1 hari je. Sok (Khamis n Jumaat ) kursus gak. Tapi kat USM je...Hopely sumanya berjalan lancar....Telah selesai kursus.

Tag peserta Kursus.

Gambar peserta yang menghadiri Kursus. Yang bulatkan adalah staf daripada Fizik, USM. Bawah adalah Mustaqim, tengah adalah saya dan yang atas adalah Shahil bukan Shahir AF8 ye...

Dalam flight di awal pagi2 dengan hujan nye lagi.

Tengah tunggu flight nakbalik Penang. Pergi gelap balikpun gelap.

Ini sahaja yang sempat rembat waktu nak balik Penang. Bye2 KL, nnti saya datang lagi.


Tuesday, March 29, 2011

Dah Sampai

Ape yang sampai? Ini die jeng3....xsabar nak pakai gi KL sok. Hehehehe.....



Lawatan Sambil Belajar

Assalam....Lawatan daripada pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ke Fizik pada pagi ni. Seramai 40 orang kesemuanye. Pecah kepada 2 kumpulan untuk iringan ke lawatan makmal2. saya dan En. Nooraswafi akan mengiring mereke. Letih gak le nak abihkan suma lab. Ade juga saya skip xgi suma makmal mane sempat bagi masa 2 jam je, ade 10 makmal, pas 2 satu makmal 20 minit. Kalau dah lacture bagi present lebih dr itu. Kesudahannye kena skip le lab2. Sampai kul 1.30 baru diorang berangkat ke bas untuk ke destinasi seterusnya. Katanye nak ke Muzium plak. ok lah selamat berjaya kepada adik2 suma, belajar rajin2 tau. Nnti leh sambung kat Fizik USM plak.

Penerangan tentang Pusat Pengajian Sains Fizik oleh Timbalan Dekan Siswazah dan Penyelidikan , Prof. Madya Dr. Mohd Zubir Mat Jafri.

Pelajar daripada Universiti Malaysia Terengganu mendengar taklimat.

Pelajar di bawa masuk ke dalam Makmal Biofizik.

Ini adalah didalam makmal NOR.

Ini pula di dalam Makmal Fizik Perubatan.

Ini di bawa ke Makmal Fizik Gunaan. Banyak masih guna computer yang lama.

Yang last sekali adalah ke Makmal X-Ray. Iaitu makmal saya. Penerangan oleh En. Karuna. Orang lama dalam LAb tersebut. TQ En. Karuna kerna bagi penerangan. Saya masih baru di sini.


Monday, March 28, 2011

Jom3, jom heboh2....

Pagi xde le pagi sesangatpun. Dah tengah ari gak kan, baru siap nak pegi Jom Heboh. Hari adalah sangat bagus, Panas. Pagi2 dah basuh baju, lega. Dalam kul 12.30 baru gerak ke Stadium Batu Kawan, nak gi Jom Heboh. Masa ni tengah MELODI, tapi adalah xsempat sampai dah jem nak kua tol ke Batu Kawan. Ambil gambar pun sikit je. beli ape yg patut terus blah nak mkn, lapo. Singgah juru tempat besa mkn mee udang yg best. Snap gamba anak je, terus zazzz mkn coz kebuluran. hehehehe....

Dalam keta ke Jom Heboh. Aksi Arif.

Alisha yang comel, dah nak lik. Suma die nak.

Abg Arif yang suke nyebuk bile org tangkap gamba.

Di Jom Heboh, Very the Panas skali.

Kami bergamba dalam kepanasan. Payung yang baru di beli di JOm Heboh. Colorful sungguh.

Ni saje yang dan kami beli. Dalam keta dah mkn abih sparuh.

masa tunggu hidangan ketam n udang. Arif men2 ngan adik Alisha.

Alisha buke mulut ngan luas skali, abg Arif xabih ngan peace je.

Ni die poster yang telah lapok dek ujan n panas. Gamba ko Fakar, masih xcaya ke. Zaman kegemilangan ko lah ye MOHD NOORFAKAR.Masih ade org simpan poster ni lagi. Gamba dari jauh je, segan ngan toke kedai, nnti die kata ape plak ambil gamba dapur dorang. Poster betul2 ade atas pintu dapur wat air tuk pelanggan.


Hari Sabtu Adalah 1 Hari Yang Hujan.

Assallammualaikum...Hari Sabtu adalah 1 haji hujan. tapi dalam hujan memergi gak ke Bukit Jambul Kompleks kerana pampers anak suda kehabisan. Hanya masuk Mydin. Pas 2 dengan pantasnye nak makan Mcd kat Queensbay kekonon. Kat BJ pun ade gak Mcd, saje nak jejalan jauh skit. Hari adalah hujan 1 hari, kat dalam shooping kompleks xpe walau ribut sekalipun xsedar. kekadang kua2 tengok jalan dah basah cam 2 le. Anak adalah suke sangat coz bleh main menan kat QB. Yang Mr. Hubby duduk kat mesin urut je le. Rest kekonon....Dah xde nak wat pe terus balik rumah kerana kepenatan dengan anak2.

Baru sampai Mydin. Tengah menuju ke pembelian Pampers.

Mr. Hubby tengah memilih mana satu yang nak pilih. Yang Arif pun masih pakai pampers juga. spare je la, tuk tido.


dah pilih, Arif pakai Drypers sais L je, adik pakai Petpet sais M. Dah dapt apa yang nak terus bayar. Selepas ini menuju ke QB untuk jejalan dikala hari hujan.

Arif menunjuk kehebatan penunggangan beliau.

Adakah ini bakal rider untuk menggantikan ayahnye...OH Tidak...

Semua permainan di bolot oleh Arif.

Adik Alisha takut2 nak main, coz ade patung badut kat depan.

Lagi takut nak naik, coz berpusing ke atas. Last2 abang die yang lebih2.


Friday, March 25, 2011

Urusetia Syarahan Umum Profesor

Pagi-pagi lagi dah siap tanpa uniform. Tetiba je jadi urusetia untuk pendaftaran. Semalam lagi Cik Era (staf opis) fon kat saya kata saya terlibat bahagian Pendaftaran. Ingat nak menjamu mata je n makan, kan ari 2 saya cakap nak bersenang lenang je. rupa2nye ade kerja untuk saya. Xleh le nak bersenang gamaknye. Gambarpun kat pendaftaran n kat luar je. xsempat nak masuk dalam dah full house. kena diri kat pintu je kalau nak tengok kat dalam dewan key.

Bunga Urusetia (Pendaftarn) Bunga segar gitu.

bersama Cik Era. Bahagian pendaftaran.

Bersama salah sorang urusetia pendaftaran, Kak Zaini

Salah satu pameran yang berlangsung. Aksen je 2.

Gadis-gadis Fizik.


Berucap tanpa mic. ni pun eksen je pas abih suma program. Dah nak lik pun....

Yang ni lagi over, pinjam jap topi prof. Nak merasa juga, dapat blum tentu kan2. besa topi dati kepala.


Cuti

Hari semalam (24/03/11 - Khamis) adalah hari cuti jaga anak. Ini adalah kerana pengasuh anak2 pergi cek up kat hospital. Tak tanye plak sakit pe. Tiap2 bulan mesti ada sekali die gi hospital.Jadi bangun adalah lambat..hehehehe. Tengah hari siap2 pergi ke Mydin untuk beli barang anak n makan sekali. Oleh kerana hari itu juga adalah gaji. sukeeee.


Wednesday, March 23, 2011

Perlantikan Profesor

Di maklumkan hari Jumaat, 25 Mac 2011 adalah hari bersenang lenang atau hari mendengar syarahan kerana 2 orang staf Fizik sudah di lantik kepada Profesor iaitu dekan saya, Profesor Zainuriah Hassan dan juga bekas Dekan saya, Profesor Haslan Abu Hassan. Di undang untuk mendengar Syarahan Umum mereka. Bagi Profesor zainuriah yang bertajuk Bahan Semikonduktor III - Nitrida : Aplikasi bagi Peranti Optoelektronik dan Elektonik. Untuk Profesor Haslan plak adalah Cahaya : Bahan Pemancar, Simulasi Pancaran dan Interaksi Optik. Dengar tajuk pun dah panjang berjela, tah paham ke tah le saya nnti. Tahniah diatas kejayaan yang dicapai oleh anggota keluarga Pusat Pengajian Sains Fizik, USM yang dicintai ini.



Makan Tengah Hari Di Restoran Pen Mutiara Curry House

Assallammualaikum....Makan tgah hari semalam di taja oleh Prof Fun (Lecture Fizik). Thanks Prof. Ni tuk raikan seorang pelawat dari India yang wat projek di Lab X-ray ni. Nak cite panjangpun xreti. kiranye dia dah tamat projek le kot. Saya hanya mengikut dengan ajakan sahaja. Makan free sape xmo. Ni die sesi bergambar kenang-kenangan.

Pelawat India duduk tudung merah. Nama apa lupa pulak saya...selamat pulang ke India.

Muka senyum dapat makan percuma...hehehe

Bos yang kami sayangi, baju kotak2.