IKLAN

Says.my buat majlis harijadi, tapi anda yang akan dapat hadiah! tak percaya klik sini [Birthday]

Siapa nak melancong selama 2 minggu ke seluruh dunia secara PERCUMA? Klik sini [Microsoft contest]


Monday, November 14, 2011

Arif Pergi Lawatan

Semalam abang Arif pergi lawatan sekolah Tadika dia ke Alor Setar. saya, Mr. Hubby dan adik Alisha tak pergi. Yang pergi tetu la cikgu dia merangkap Maktok, Maksu dia sebagai pengiring yang bertauliah (jgn marah ye maksu), Tok Su sebagai pembantu bersama anak beliau iaitu maksu yang kecik sebagai kawan dia. Sudah ramai yang menjagi mengiring oleh itu kami tidak ikut le. Bertolak dalam pukul 8.30 pagi. kami hantar dekat depan jalan je. Selepas tu saya duduk rumah sambil beristirehat bersama adik Alisha. Pukul 2.00 baru Mr. Hubby ajak keluar dan kami pergi makan sampai ke Juru, makan nasi udang dan ketam. Cuaca pagi sanagt baik, panas...kering semua baju. Masa nak balik dari Juru cuaca sudah mendung. Sedikit gambar ambil daripada fon maktok dia. Gambar banyak dalam kamera maksu dia. Tak terjah tengokpun lagi. Nanti le cuba letak lagi pic menarik dari lawatan tu.
Mereka memergi ke Mazium Padi, Petrol Sains dan juga kediaman Tun Dr. Mahathir Mohamad. Singgah sebentar tentu la ke Pekan Rabu. Sampai rumah lebih kurang dalam pukul 7.30 malam.

Salah satu tempat lawatan mereka.

Singgah kediaman kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Gambar di mall.


Saturday, November 12, 2011

Jejalan Buang Masa Di Quensbay

Hari inikan cuti hari Sabtu. Tak de buat apa, pagi makan roti canai yang di beli oleh Mr. Hubby di Kedai Mamak Kayu. Dalam jam 1 terus siap nak kelaur pergi Quensbay bersama Mr. Hubby dan juga anak-anak. kami main game yang biasa je di dalam Jusco. Lepas makan Mcd terus masuk Jusco. Lepas main terus balik rumah, tak ronda-ronda manapun.

Main bola keranjang....

main permainan bowling.

Gaya seorang pemain yang pro...balingan bola menjatuhkan pin.

Adik Alishapun nak main juga.

Main permainan ini pula.

Permainan bermula.

Tolakan dapat menjaringkan gollll....

Akhir sekali sajikan pic adik Alisha yang tak mau main apa bendapun. Nak naik kuda pusingpun takut....selamat ayahnya le, berabih kat abang Arif je.


Friday, November 11, 2011

Hari Bergambar Di sekolah Arif

Semalam sekolah tadika abang Arif ambil gambar kenangan bersama, tetapi jadi kes abang Arif tak mau pakai jubah konvo untuk sekolah dia. Katanya warna purple untuk perempuan je. Penat cikgu dia kejar 1 sekolah minta dia pakai. Siap nangis-nangis tak mau pakai baju tu. Jadinya dia tangkap gambar tanpa pakai jubah konvo tu la. Abang arif memang jenis macam tu, kalau baju dia ade stiker/ jenama belakang baju dia suruh buang, kena baju mahalpun kena gunting juga le. Lagi satu kalau bawa nak test baju dekat kedai baju siap ngamuk-ngamuk tak mau cuba pakai, geli la macam-macam. Baju dia pun kena pilih jenis kain juga, yang ada stiker gambar depan jenis besar-besar cam melekat sikit kat badan dah takmau pakai, geli katanya. Jenis kain juga memilih kadang boleh naik ruam, kulit diapun sensetif. Tengok je la gambar dia ni.

Gambar reramai, tengok la Arif tak mo pakai jubah. Yang duduk dengan dia adalah maksu dia, anak kepada tukang masak tadika.

Gambar Arif tak pakai jubah.

Bergambar bersama guru tadika, Cikgu Saleha.

Bergambar di dalam kelas.

Peace mesti tak tinggal.
Selamat sudah sesi persekolahan abang Arif, Tahun depan mula sudah sesi baru persekolahan 5 tahun abang Arif. Sudah besar anak mama ni.


Cerita Arif Main Bowling.

Bayangkan le baru je umur 4 tahun dah pandai pergi main bowling. Bukan pergi seorang tetapi abang Arif pergi dengan Acu dia dan juga Maktok dia. Sayapun tak pandai nak main, tetapi Arif dah pandai main. Baling bola pasti tak masuk longkang kerana ambil untuk budak punya, yang ada penghadang kiri kanan longkang, mana boleh terjun longkang. Patut le teror semacam je...

Gaya mesti ada, selepas balingan bola.

Menunggu bola mengena pin, bergaya aje...


Thursday, November 10, 2011

Pergi Menonton Alamak Toyol

Pada hari ISnin adalah cuti ganti Hari Raya HAji, jadi pagi tu Mr. Hubby dan kekawan suda pergi ke Bukit Merah Laketown. Saya dan anak-anak tak pergi ceoz Arif baru je lepas demam dan adik ALisha pula macam nak demam.

Aksi abang Arif semasa menunggu masuk panggung.

Macam-macam gaya bila bergambar.

Adik Alisha n mama duduk menunggu.

Abang Arif yang selalu menyebuk bila orang ambil gambar. Maaf gambar tidak memuaskan, guna cemera fon je.


Sunday, November 6, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha

Assallammualaikum.....tahun ini raya haji saya beraya di rumah mertua. Seronok kerana Mr. Hubby baru first time tolong orang korban lembu. Sempena dengan korban ini, saya ambil 1 bahagian untuk kekah anak saya iaitu Nur Alisha Iliya. Abang Arif sudah buat dah masa 1 tahun dulu. Jadi pagi-pagi lagi dah tunggu, sekali nama adik Alisha lembu yang ke-11. Jadi saya, Arif dan Alisha balik dulu ke rumah kerana lambat lagi, nasib dekat je tempat sembelihan iaitu di padang dekat jalan keluar rumah. Masa lembu ke-8 pergi balik dekat padang. Kira nama adik Alisha yang ke sebelas dan nama yang terakhir. Syukur Alhamdullillah semuanya selesai dalam pukul 11 pagi dan hujan turun dengan lebatnya. Agihan dibuat di masjid. Daging kekah buat masak kari dan juga rebus cicah air asam. Sebahagian daging di agihkan dan di bawa balik untuk masak. Dapat tulang untuk dibuat sup esok nanti.
Nama no-7 adik Alisha buat untuk kekah senarai lembu ke-11 dan juga buat untuk arwah wan dia iaitu Allahyarham Ibarhim Bin Mat Amin, lembu ke-10, nama no-5.

Lembu korban ke- 10 untuk Arwah wan anak-anak (bapa mertua).

Lembu ke-11, kekah untuk adik Alisha 1 bahagian.

Mr. Hubby baru nak masuk line kat mana nak tolong.

Mr. Hubby tolong orang korban lembu, tolong sikit-sikitpun jadi le. Tolong pegang tali dan juga telinga lebu, boleh la....

Lembu yang sudah dikorbankan..

Arifpun menunggu di dalam khemah yang telah disediakan.

Muka adik Alisha yang membosankan, mungkin lama menuggu giliran dia kot.

Sudah semakin bosan dan juga kemengantukkan.

Juadah lembu kekah sehari sebelum Hari Raya Korban (semalam). Bahagian adik Alisha sudah dibahagi-bahagikan kepada semua orang kampung.

Sup tulang yang dimasak keesokkan harinya

Friday, November 4, 2011

Arif rajin

Petang tu abang Arif buat roti bakar untuk semua minum petang. Seronok bila dia dah pandai nak tolong kita buat sesuatu. Ni kena time dia rajin sesangat le. Kena puji juga pandai abang Arif buat, nanti boleh buatkan lagi ye.....

Rotipun dia yang masuk dalam toster, tapi saya yang ejas kang rengtung pulak dia buat.

Sapu planta dengan cermat, plantapun dah nak habis.

Cara kedua pula kita sapukan kaya ye semua.

sapu denga rata ye. Tengok le tangan lagi sebelah bukan main comot lagi.Itu yang buat lebih sedap. TQ abang Arif tolong buatkan roti bakar unutk kami semua. Air saya buat air milo panas je. Hujan-hujan memang sedap makan apapun, semua rasa lapar je.