IKLAN

Says.my buat majlis harijadi, tapi anda yang akan dapat hadiah! tak percaya klik sini [Birthday]

Siapa nak melancong selama 2 minggu ke seluruh dunia secara PERCUMA? Klik sini [Microsoft contest]


Monday, September 26, 2011

Raya di KL

ENTRY TIBA-TIBA JADI DATE LAIN...(GUNA FORMAT BARU TERUS JADI DATE HARI NI).

Entry ke-2 adalah beraya di KL pula. Rumah mak saya le dekat Taman Medan, PJ. Perjalanan adalah lapang xde banyak kenderaan yang menuju ke KL. Kami bertolak malam raya ke-2. Sampai dalam pukul 2.30 pagi, Suma masih tak tido lagi.
Esoknya Acik yang dari Batu Caves datang beraya coz nak hantar anak dia kerja di Shah Alam. Tak yah le kita orang pergi cana.
Lawatan seterusnya adalah Sunway Piramid untuk menengok cerita Hatu Bonceng. Bayangkan lah, adik Wani ngan Amar tengok pukul 1, kami 1 family bersama nisa tengok pukul 5 ptg n adik saya faka terserempak nak tempah tiket pukul 9 malam. Semua suda tengok, tapi time yang berbesa dalam 1 hari tu. Bleh plak...Enjoy le pic yang bertimbun dengan sekali harung.

Sempat snap pic kat Sunway Lagoon, bila boleh masuk ini dalam ye.

Setelah dapat tiket kita main game dulu.


Perancangan seterusnya adalah ke Zoo Negara. Disebabkan pergi terlalu 'awal' (lambat sebenarnya), hari raya tutup pukul lima, kami sampaipun pukul 4 ptg sudah. Esok le pergi awal-awal subuh. kali ni janji dengan Nisa bersama boy dia untuk jadi kemera kami sepanjang ke Zoo nanti. Oleh itu kita menuju ke SOGO je la gamaknya. Berangan nak dapatkan beg baru...hiyaaa.

Pulang dengan hanpa. Sok boleh le pergi.

Main game atas SOGO.

Sempat menyumbangkan lagu. Mr. Hubby je yang nyanyipun...hehehehe.

kami terkurung...Karaoke Jambat...hahahaha.

Sambar beg baru...

Cerita seterusnya adalah setelah siang bejalan, malam serbu nasi lemak kampung baru yang tak pernak miss kalau balik KL. Tapi kami selalu pergi yang kat Sekolah Kampung Baru, dekat dengan padang bola. tu.

Adik Alishapun makan sekali, nyum2....

Seterusnya adalah terjah ke rumah my brother yang sulung le...hari terakhir di Kl. ENTRY untuk ke Zoo kita wat lain ye. Menjamu selera di rumah dia adalah memang the best. Biasanya dia memang masak yang western punya la kan. Ari tu dia masak speggeti dan juga air buah terbaik skali ( jus buah naga plus dengan eskem). tak sempat nak snap, ambik gambar syok sendiri je banyak dan gambar anak2 je pun. LAYAN je la....

Selamat Hari Raya Semua.

makan jangan tak makan. Nak helmet kat blakang tu satu bleh Pak Long...

Menanti mak dan abah hantar Wani balik asrama, tu yang tak de pic mak n abah.

Adik Alisha terbaring sebab penat main.

Arif test moto besar Paklong dia....

Riang ria setelah keyang. Sementara tunggu mak dan abah sampai.

Adik ALisha pembuli..hehehehe.

Macam2 gaya adik Alisha ni...

Dah salin baju n mandi sekali.

Abang pun sama, siang minum susu lagi.
Gambar hitam putih daripada Abang Arif dan Adik Alisha.

Sarapan Pagi Yang Dingin

Salam pagi. Bukannya apa pagi ni hujan dengan lebat sekali. Terus cergas ke Cafe Roti Bakar. Memergi dengan cek Salmah kita ade sapa lagi. Cik Era tunggu opis coz sok sudah mahu berpindah ke Pusat Penyelidikan Dadah, tapi masih dalam USM lagi. Tempat je berubah, dia sudah dapat tetap. TAHNIAH cik Era, bila nak wat makan-makan ye. Order apa yang patut dan sungguh menyelerakan di pagi yang dingin ini. cewahhhh.

Jemput minum kopi panas.

Jemput makan roti bakar bersama telur setengah masak 2 biji.

Night Market @ Batu Feringgi

Malam tadi dalam jam 8.30, Mr. Hubby ajak keluar. Katanya nak ronda-ronda je. Last-last boleh sampai ke BAtu Feringgi, terus ke Night Market. Siap parking jejalan je tak beli papepun. Tengok-tengok gerai jualan je. Bnayak gak orang jual beg, jam dan lain-lain

Dalam perjalanan ke Night Market.

Adik Alisha yang sentiasa kena dukung coz tempat sempit dia bukan reti duk diam walaupun seminit.

Banyak jualan baju dan juga beg.

Berehat sebentar kerna kepenatan mendukung adik.

Abang Arif pun dah mengantuk juga. Moh le kita balik ye.

Singgah sebentar membeli kacang rebus dan juga pelbagai nugget. Makan dalam kereta je.

Sunday, September 25, 2011

Makan Malam

Hari Jumaat lepas je hantar mak mertua pergi meeting, kami anak beranak terus makan malam dekat Restoran Nurul Ikan Bakar yang terkenal kesedapan ikan bakarnya (bagi saya memang terbaik). Sama juga sedap ni Hammer Bay dan juga Teluk Tempoyak. Order macam biasa nasi putih sampai 4 pinggan, ikan bakar(kami pilih ikan jenahak), telur dadar, kailan masin dan juga tomyam campur. tak lupa juga kerang bakar mesti ada. Mr. hubby siap order ais kacang lagi. Memang sampai termoheh-moheh nak abiskan semua makanan yang di order.

Sementara menunggu order sampai. Kat belakang tu la pilihan ikan atau makanan laut yang nak di makan.

Mama bersama adik Alisha yang tak reti duduk diam.

Sekejap je pun dia nak duduk dalam kerusi ni.

Ini hidangan yang telah di order oleh kami.

Yang ini yang terpenting sekali.


Thursday, September 22, 2011

Hari Rabu Adalah Cuti

Hari Rabu Cuti. Apakah ini cuti sempena Konvokesyen USM. Oh, TIDAKKK...Sebenarnya saya cuti sempena pengasuh anak pergi hospital. Papa mereka buat operation mata (Katarak). Hari ini kerja macam biasa. Jalan adalah sesak kerana sudah ditutup menjadi 1 hala sahaja. Berpusing-pusing lah kami tadi pagi menghantar anak ke rumah pengasuh dia. Ini adalah pic di mana kami 3 beranak sedang menunggu Mr. Hubby settlekan kerja di workshop dia. Seterusnya kami memergi ke QB je la, jejalan sambil makan-makan.



Tuesday, September 20, 2011

Jamuan Tadika

Hari Sabtu tadi, ada jamuan sekolah tadika anak. Pergi dalam jam 2 ptg, memang ramai orang dan sesak. Mr. Hubby bukan boleh tempat yang sesak dan panas macam ni. Cepat-cepat lepas dapat makan kew teow goreng je, terus ajak pergi QB. Anak besa la bila pakai baju melayu memang sekejap je pun dia nak pakai. Panas le, geli le, macam-macan. Bawa spare baju dalam kereta terus tuka baju kat dia. Kami pergi makan Mcd kat QB. Jejalan sekejap terus balik. Cerita hari Jumaat pula adalah cuti Hari Malaysia.Tak kemanapun lepas Mr. Hubby sembahyang Jumaat terus ke BJ. Tup-tup Mr. Hubby nak tengok panggung yang baru dibaiki, terus terbeli tiket cerita "Raya Tak Jadi". Dalam panggung rupa-rupanya masih sama, lua je yang renovate pun. Hampa lah kami sekeluarga kerana ada bau-bau cam bangla kata Mr. Hubby. Dia boleh tido juga tengah tengok cite yang tah apa-apa tu (makanya memang tak best le).Tengok dengan rasa tidak kepuasan. Tak best kot bagi saya la.

Ini saja pic yang sempat di tangkap. Panas sesangat kat sini. Pic bersama maksu Finas mereka.

Jamuan Raya Untuk Keluarga Sahaja

Hari Sabtu, lepas mandikan anak-anak, mak balik dari pasar. Tengok banyak bahan-bahan yang di beli. Rupa-rupanya mak nak masak laksa. Saya semalam sudah beli bahan nak wat spegeti, kira makan besar untuk hari ahad tadi. Abang Yusri kita (Mr. Hubby) terajin pula nak bakar sate yang sudah terperap sejak malam raya lagi. Adepun 60 cucuk je pun. Habis tolong mak apa yang patut untuk buat laksa. Mak masak kuah kacang dan juga rendang daging nak makan dengan sate dan juga nasi impit. Tak lupa juga masak balik pulut yang juga telah tersimpat rapi sejak hari raya pertama lagi. Habis semua sudah sattle, giliran saya masak kuah spageti la pula. Selesai saya masak adik ipar pula buar agar-agar.

Laksa.

Pulut inti kacang bersama rendang daging.

Nasi impit bersama kuah kacang.

Agar-agar.

Satey.

Speggeti.

Dan yang terakhir abang Arif menikmati speggeti, dia memang suka.