IKLAN

Says.my buat majlis harijadi, tapi anda yang akan dapat hadiah! tak percaya klik sini [Birthday]

Siapa nak melancong selama 2 minggu ke seluruh dunia secara PERCUMA? Klik sini [Microsoft contest]


Thursday, September 15, 2011

Bersalin

Semalam adalah pergi melawat orang bersalin. Orang itu adalah mak sedara MR. Hubby, tapi baru bersalin anak sulung. Kira mak sedara muda lagi anak sedara la ni. Cucu sulung kepada Tok Su Mr. Hubby (adik bongsukepada arwah tok Mr. Hubby). Mak sedara nama Mira memang staf di Tropicana Medical Centre. Senang bersalin di situ je. Lepas balik kerja kami terus memergi ke sini. Baby adalah baby girl berat 2.9 kg cam tu la. keluar jam 2.10 pm pada 14/09/11. Adik Alisha juga date yang sama 14hb, dan sekarang sudah genap 1 tahun 4 bulan.

Menuju ke dalam hospital.

Adik Alisha tengok baby. Tengok dari luar je la. Tak leh masuk, biasanya macam ni la private punya hospital.

Baby yang belum diberi nama suka main buih air liur. Orang kata ada yang mak dia tak dapat le tu masa mengandungkan dia. Entah le.

Sebuk memanjang je, dua budak ini nak memain.

Wednesday, September 14, 2011

Kopitan Restoran

Sudah 2 hari berturut-turut makan di Kopitan Restoran. Memang makanan dia best le. Restoran baru dibuka dalam 2 bulan sudah tapi bari ni dapat pergi. Dekat je keluar pintu masjid USM di Sungai Dua, seberang jalan je restoran dia. Berada di hujung sekali deretan bangunan yang ada. Makanan adalah stai makanan ala-ala cina menu dia. Banyak gak menu yang disediakan. Sila lihat menu yang ada ini, tapi banyak lagi yang xnap. Lunch denag Salmah, Era cuti masa ni.

Suasana dalam kedai, masa tak ramai lagi pelanggan. Depan pintu masuk kami duduk. Tak masuk dalam pun.

Menu.

Saya order honey nasi ayam.

Salmah order Sweet n sour nasi ayam.

Monday, September 12, 2011

Hari minggu ke Bandar Perda

Nak cari beg punya pasal (Mr. Hubby) sanggup terjah sampai ke Perda. Mula-mula singgah di Auto City, sesaje je. Pusing2 dan terus ke Perda. Sampai masih awal tak tau nak buat apa kami makan nasi lemak kukus. Di sebabkan ramai sangat orang beratur tu nampak cam sedap je. Kami pun menikmati hanya order satu pinggan je dan ayam lagi seketul. Rasa kuah sos ayam adalah sangat manis...



Arif buat Ultraman...


Di ganggu oleh tangan mahluk asing....





Mama dan adik Alisha tome...

Sila beratur dengan sabar ye...


Inilah hasil dari beratur yang panjang juga la.


Saya hanya makan ayam sahaja.

Thursday, September 8, 2011

Gotong Royong Stor

Hari ini kami buat gotong royong stor yang akan berpindah ke tempat baru. Macam biasa saya hanya membantu dari segi isi senarai borang yang diambil. Stor ini akan berpindha ke stor yang baru. Semua orang lab turun membantu dan memberikerjasama sepenuhnya. Ini pic diantara orang kuat yang menjalankan kerja-kerja pembersihan. Terima kasih kepada semua yang menjayakannya. Dua hari berturut-turut kerja ini dilakukan.

Sudah lapang sedikit. Stor


Kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan.

Wednesday, September 7, 2011

Hari Raya Di Penang

Start dengan malam raya, macam biasa Mr. Hubby Buat makan2 dengan kekawan dia, kami dapat gak merasa serba sedikit. Ada satey, ayam bakar dan juga kentang goreng. Anak main bunga api je. Tak de sape pada malam raya, saya, Mr Hubby, anak2, adik ipar yang bongsu dan juga mak. Adik ipar yang baru kawen beraya di rumah mertuanya di Tepen. Pagi raya baru meriah, makcik dan Acu datang rumah.

Selamat Hari Raya saya ucapkan...maaf sempat tangkap gamba sesorang je....

Keluarga yang sempat beraya pada hari raya per-1, makcik dan maksu Mr. Hubby. Dua-dua family tema kelabu.

Adik alisha suda keletihan melayan tetamu...(keluarga terdekat je pun).

Hari raya ke-2 pagi-pagi pergi ke kubur dulu. Selepas tu baru pergi bejalan raya di Sungai Ara. Pergi kubur arwah bapa mertua di Sungai Ara dan kubur arwah tok dekat Sungai Nibong. Dekat Sungai Ara keluarga belah bapak ye. Walaupun Bapak sudah tiada keluarga di sebelah sana masih rapat lagi dengan kami.

Ini gambar Arif selepas ke kubur terus ke rumah sedara di Sungai Ara.

Adik ALisha pun keletihan sama...

Kekawan baru di Sungai Ara.

Antara hidangan yang menjadi kebiasaan di hari raya. Yang di jepun sempat snap. Anak dah jaga dari tidurnya...

Mr. Hubby, perjalanan ke Balik Pulau pula. Dengan di ekori lagi 3 biji kereta.

Di rumah baru tok dak balik pulau.

Adik Alisha yang tak reti duduk diam. ni gara-gara selepas sudah puas tido tadi la...

Bersama sepupu sebelah arwah bapa mertua.

Sempat gak bergamba bersama budak yang tak reti duduk dian ni.

Nak tangkap gambar dengan makcik diapun boleh nak bejalan merata.

Akhir sekali, dihidangkan sempena bulan Syawal ini dengan dua ekor arnab dari rumah di balik pulau Boleh buat rendang arnab ni.hehehe.