IKLAN

Says.my buat majlis harijadi, tapi anda yang akan dapat hadiah! tak percaya klik sini [Birthday]

Siapa nak melancong selama 2 minggu ke seluruh dunia secara PERCUMA? Klik sini [Microsoft contest]


Monday, July 11, 2011

Hari Sabtu Pergi Kenduri Di Pearl Island Country Club

Hari Sabtu tadi pergi kenduri dekat dewan Pearl Island Country Club. in adalah kenduri member Mr. hubby punya adik. cam tu lah kiranya, tapi kenal juga Mr. Hubby dengan adik dia ni, tapi rapat lagi dengan abang dia coz adik dia perempuan. Majlis berlangsung dalam pukul 2 cam tu. Elok kami sampai pengantin pun tiba. kami ikut belakang kereta pengantin lah kiranya. Pengantin di eskot dengan geng moto besar, anak memang suka le tengok. Tak abis-abis kata moto paklong dia coz wana putih. Wana kuning tak de la pulak, kalau tak dia cakap moto wan dia la. masuk dewan adalah di tingkat bawah. Kami masuk terus ke meja makan, Mr. Hubby sembang dengan kekawan dia dan terus balik rumah. Cuaca di luar sangat la panas.

Perjalanan ke sini makan masa 15 minit sahaja.

Pengantin turun dari tangga, tak nampak coz kami pun baru sampai je.

Tunggu nak masuk dalam dewan.

Arif diri tegak siap nak masuk.

Jemput makan, muka ku dah tembam dan gemuk. Tak suka...

Arif makan.

Mr. Hubby makan. Orang duk sibuk tengok pengantin.

Alisha makan sikit je, pas tu makan biskut dia.

tak reti duduk diam ini dua beradik.

Abis tanggal dah riben dia. Nak pakai kejap je.

Nak turun jejalan dalam dewan, saya tak kasi, ramai orang.

Dari pengantin.

Dapat bahulu, adik Alisah makan tu. Arif sampai rumah terus londeh seluar, tak malu. Panas nak buat cam ne.


Friday, July 8, 2011

Makanan Arab

Tadi waktu lunch, memergi ke MAsjid USM. Puasa pun nak membeli juga. Samggup pula tu tempoh hujan renyai-renyai tadi. Nak membeli untuk buka puasa memang awal sekali. Sesaje teman Salmah lapar nasi arab tapi last2 beli spegeti la pula. Air Arab VIMTO pun beli. Cam rebina kata Salmah kena campur dengan air je coz dah ada gula. Simpan kat peti sejuk opis buat stok kat sini.

Inilah spegeti arab - daging kambing rasanya.

Air VIMTO arab brand.


Thursday, July 7, 2011

Hari Tapak Warisan Pulau Pinang

Hari ni adalah cuti sempena Hari Tapak Warisan Pulau Pinang. Sempat pegi BJ tuk beli fon baru (Nokia C3), wana pink gitu. Selepas tu biasa le mesti masuk Mydin punya la. Beli sedikit barang dan terus balik rumah. Rasa macam hari Sabtu pulak, Mr. Hubby lagi suruh siap nak gi kenduri, tah pape lak.

Tengah belek-belek fon mana nak beli. Maklum lah Mr. hubby belanja. Tah leh nak melebih-lebih la kan.

Tengok la adik ALisha pun sibuk buat kira-kira kat kedai fon ni. Nak tolong belikan mama fon ke kira bajet nanti nak beli pampers dan susu adik Alisha cukup ke tak kalau mama beli fon baru.

Ni ler yang dipilih oleh saya. Pink gitu.

Arif pun nak tolak bakul sendiri.

Wednesday, July 6, 2011

Makan Pizza Hut daripada Kopun

Baru nak drow kopun yang dated last adalah hari ni..hehehehe.

Jemput makan ye semua.

Beef Viva Pizza.

Chicken Viva Pizza.

Seafood Viva Pizza.

Ada juga Garlic Bread.

Makan bersama apam pokodot yang di beli oleh adik ipar (Syahira). tq Cacik.


Tuesday, July 5, 2011

Nasi Ayam Budu

Assallammualaikum...

Baru pertama kali dengar ade nasi ayam budu. Restoran adalah di Bayan Baru. Semalam baru gi dengan MR. Hubby, itu pun mak yang bagitau. Memang dia letak budu bukan sambal cili ngan soso tiram tu. Kami beli bungkus, dia letak kuah budu dengan 1 cili api. memang menyelerakan tambahan pula mak kat rumah tambah budu yang dibeli di Mydin. :)

Budu yang dibuat oleh mak kat rumah , dah nak licinpun.

Nasi ayam budu, kuah wana oren tu adalah budu.

gambar yang dimasak sendiri, ayam berempah dibuat oleh mak dan budu.

Monday, July 4, 2011

Main Buih Sabun

Beli buih sabun di Padang Besar haritu, baru sempat nak main..

Aksi Arif main buih sabun. Buih di tiup oleh Maksu Finas dia orang le.

Buih sabun kembar 2 dan besar.

Adik Alisha tengok saje le sambil main buian.


Saturday, July 2, 2011

Pusing Pulau dan Laksa Janggus

Perjalanan sambil tengok keindahan dusun durian orang ler, kami mana ade dusun. Tunjuk kat anak macam mana rupa pokok durian, rambutan dan juga pokok kelapa. Kang tak tahu pula bila besar nanti takut dah pupus kang. Pusing satu Pulau, pergi ikut pusat bandar, Batu Feringgi dan terus ke Balik Pulau. Tujuan utama adalah nak makan Laksa Janggus. Memang terbaik di dalam Pulau Pinang nih. Nanti mak abah dan beradik KL datang nak bawa makan kat sini lah... Aritu tak berkesempatan nak bawa makan kat Laksa Janggus. Sebelum sampai ke Balik Pulau ni la, sepanjang perjalanan dapat menikmati pokok durian dengan begitu lebatnya buah tersebut. Macammana mereka jaga pokok2 ni dengan mengikat tali di setiap buah durian supaya tidak terjatuh ke tanah terus. Mengikut pada pokok durian ni memang tinggi gak le nak ikat tali ni. Ade juga yang pasang jaring tahan buah durian dari jatuh ke jalan raya. Maklum le dekat sangat dengan jalan raya pokoknya pun. Takut kena curi or di langgar kenderaan, kang dah rugi pule.

Dalam perjalanan adik Alisha adalah tido je.

Isi minyak di Petronas, beli sikit makanan dapat beg kertas zaman dulu-dulu.

Perjalanan ke Balik Pulau penuh dengan pokok durian yang lebat dengan buahnya. Nikmatilah pemandangan dusun orang.

Tali yang di ikat di setiap buah durian semasa masih di atas pokok. Takut kena curi kot.

Siap ade yang pasang jaring lagi tu.

Buah durian di dalam pagar, sape nak tolong tunggu luruh nih?....

Tinggi sekali pokok durian ini.

Sampai ke destinasi yang di tuju. Laksa Janggus Balik Pulau.

Bukan laksa je ade, sup-sup pun ada, pisang goreng dan juga aiskrem goreng.

Gelagat Alisha tunggu laksa sampai di meja. Order layan diri OK.

Arif yang tak sabar nak makan. Tapi makannye sikit je, adik Alisha makan banyak lagi.

Laksa bersama cili padi dan juga otak udang.

Laksa special, Mr. Hubby yang makan.

Tepi tu laksa kosong untuk Arif dan adik Alisha. ABC juga ada.

Adik Alisha tersenyum gumbira bila dapat makan laksa. Tapi kat tangan ade biskut dia yang selalu bawa ke mana sahaja.